Cara Tanam & Penjagaan Pokok Tomato Dari Semai Sampai Pokok Berbuah, Baja Cuma Kulit Bawang

Share

Buah tomato antara sayur yang sering kita guna dalam masakan, boleh kata hampir setiap hari.

Jadi kalau nak tanam pokok tomato di rumah memang berbaloi. Cara penanaman dan penjagaannya pun mudah.

Bagi yang nak cuba boleh ikut perkongsian Leya Aalieya yang berkongsi cara penanaman dari semai biji benih sampailah pokok tomato berbuah.

Cara tanam tomato dari semai sampai pokok berbuah

1. Mula-mula sediakan medium dan biji benih (medium ikut cita rasa, boleh guna cocopeat atau tanah hitam sawit). Saya guna tanah biasa kemudian tabur biji benih atas medium. Letak di tempat yang kena matahari, siram pagi petang.

2. Kalau benih elok dalam 5 hingga ke 7 hari mesti akan bercambah.

3. Bila dah tumbuh besar macam ini (atau ada 4 daun) baru pindah ke tapak tumbesaran, saya guna polibeg.

4. Ini selepas pindah dalam polibeg.

5. Saya guna tanah biasa dicampur dengab pasir halus dan abu ( bakaran dedaunan kering). Nak guna tanah hitam, tanah kompos lagi bagus, cocopeat pun boleh.

6. Bila dah besar macam ini boleh lah letak baja. Baja apa-apa pun boleh ikut kemampuan masing-masing. Saya letak kulit bawang dan baja tinja ayam.

7. Untuk penjagaan pula boleh sembur racun serangga organik/kimia. Saya sembur racun serangga kimia 2 minggu sekali.

Ini la hasilnya…

Selamat mencuba.

Sumber: Leya Aalieya

IKLAN