Cara Tanam Pokok Bunga Matahari Dari Biji Benih. Letak Atas Tisu Basah, Keluar ‘Tanduk’ Baru Semai

Share

Pokok bunga matahari ini kalau tanam di laman rumah memang berseri. Orang lalu lalang pun rasa geram melihatnya bila sudah berbunga.

Ramai yang teringin nak tanam bunga ini tapi tak tahu caranya. Jika nak cuba tanam boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Ardi Tani.

Cara semai biji benih bunga matahari

1. Sediakan biji benih. Biji ini dibeli menjual makanan haiwan (boleh juga cari di nurseri atau beli atas talian tapi jangan guna kuaci yang selalu kita makan kerana ia telah dimasak).

2. Letak 2 lapisan tisu, lembapkan.

3. Susun biji benih yang sudah dikupas.

4. Letak selapis lagi tisu di atas benih dan spray supaya basah lencun.

5. Tutup bekas simpan di tempat tak terkena cahaya.

6. Lepas dua hari boleh periksa biji benih.

7. Jika dah keluar ekor atau tanduk macam dalam gambar di bawah biasanya dah boleh letak dalam polibeg kecil atau pasu kecil semaian untuk pembesaran seterusnya.

Selepas 2 bulan disemai anak benih pokok bunga matahari biasanya akan berbunga. Pastikan cukup air dan baja.

Pokok bunga matahari mampu hidup 5-6 bulan dan mampu menghasilkan 20-30 kuntum bunga. Ketinggian pokok matahari mampu lebih 2 meter.

Selamat mencuba

Sumber: Ardi Tani

 

IKLAN