Cara Tanam Pokok Kesum, Anti Gagal. Tanam Guna Pucuk, Confirm Hidup!

Share

 

Ramai yang cuba tanam daun kesum tapi masalahnya selalu saja tak hidup. Baik tanam guna kaedah keratan atau pun rendam dalam air.

Kalau selalu tak menjadi bila tanam daun kesum ini, apa kata cuba pula kaedah anti gagal perkongsian Cik Embun Kembali

. Menggunakan pucuk muda ini cara yang dikongsi.

Cara tanam kesum anti gagal

Cara saya tanam kesum, paling mudah hidup setakat ni. Guna pucuk muda kemudian siram dengan bancuhan baja kopi. Keterangan pada setiap gambar. Anti gagal!

1. Patahkan pucuk atas dalam 5-6 dahan (ambil pucuk sahaja dalam 2 inci, 1 inci dalam tanah, 1 inci bahagian atas. Buang daun pada batang yang nak tanam saja. Daun bahagian atas kekalkan.

2. Cucuk terus batang dalam pasu lain. Hari pertama memang nampak layu lembik macam tiada harapan, tapi biar saja. Siram ‘manja-manja’ dengan bancuhan baja kopi (JANGAN terkena daun).

3. Ini gambar hari ke 4, dah nampak cabang-cabang daun di celahan ruas.

Perhatikan, nampak dah hijau-hijau halus. Tanam pokok kesum cara ini lebih senang. Lagi elok pastikan tanah ada cacing. Saya memang kumpul cacing dalam pasu, subur!

Sukatan baja kopi untuk jadi air siraman

-4 liter air
-1 sudu makan baja kopi
Larutkan (siram jangan kena daun)

Semoga bermanfaat

Sumber: Cik Embun Kembali

IKLAN