Daun kesum banyak kegunaan untuk masakan sebab itu ia antara tanaman yang kena ada di rumah. Tanam untuk guna buat laksa, asam pedas pun jadilah.
Cara paling mudah nak tanam pokok kesum ini adalah dengan hanya menggunakan span dan raga plastik. Tak perlu guna tanah pun. Caranya dikongsi oleh Yazid Nazry’s.
Set up pantas untuk tanam pokok kesum
1. Beli 2 bekas plastik di Eco (satu bekas berjaring dan satu lagi tanpa lubang) & span construction. Span boleh beli di kedai hardware. Sediakan juga keratan batang kesum.
Ads
2. Ambil keratan batang kesum dan cucuk keratan pada span.
3. Letak air campuran baja AB dalam satu lagi bekas tanpa lubang. Baja AB ini ada dijual di Shopee dan lengkap semua unsur. Kemudian letak bekas jaring berisi span dan keratan kesum tadi di dalam larutan baja tadi.
Ads
4. Selepas 2 hari buat cantasan pucuk yang kering. Nanti daun kesum akan tumbuh merimbun. Bolehlah buat untuk makan sendiri.
Ads
Ini pokok kesum yang berusia 7 hari. Tukar air setiap 4 hari sekali, untuk elak jentik-jentik.
Tip tanam pokok kucai ini wajib diketahui jika menanam sayur ini di rumah. Untuk memastikan pokok kucai ini cepat membiak, daun pun ‘gemuk-gemuk’ ada teknik yang perlu diketahui.
Tapi terlebih dahulu kena juga tahu cara tanam kucai ini, untuk lebih mudah boleh gunakan ubinya. Bagi yang nak cuba tanam boleh ikut cara dan tip yang dikongsi oleh Yuziyana Yusop.
Selalu bila makan limau, kulitnya kita buang. Tak terfikir ia sebenarnya ada kegunaan untuk mereka yang bercucuk tanam.
Kulit limau termasuk yang masam ini boleh dijadikan racun organik yang 100 peratus berkesan untuk membasmi serangga perosak tanaman selain memberi nutrien untuk pokok.
Cara membuat racun semburan organik dari kulit limau ini dikongsi oleh Kebun Pertanian.
Racun organik 100% berkesan. Kulit limau yang masam jangan buang, saya guna limau jenis kecil-kecil yang masam.
Kulit yang dah dikupas kumpul dan letak dalam botol. Masuk sikit air, pastikan air masak ya jangan ada klorin. Saya pernah guna air ada klorin hasilnya kurang berkesan.
Peram lebih kurang dua minggu, lagi lama lagi bagus. Letak di tempat redup jangan kena cahaya. Kalau kena cahaya kira dah rosak.
Awal-awal peram air akan bau busuk sikit tapi lepas seminggu dah tiada bau busuk. Baunya macam sitrus sebab dah keluar pati essential. Ini yang bagus sebagai racun organik.
Cara penggunaan
Bila dah keluar pati masuk sikit dalam bekas dan campur air. Nisbah 1 penutup botol pati bersamaan dengan 1000ml air.
Sembur pada pokok sayur yang ada bena, kulat, karat daun, serangga perosak dan lain-lain. Insya-Allah hilang. Cara ini 100% organik selain beri nutrient pada pokok.
Kalau ada bercucuk tanam atau berkebun di rumah, masalah serangga memang tak boleh dielakkan. Boleh habis tanaman dikerjakan.
Biasanya untuk elak serangan perosak ini kita akan guna racun serangga walau pun tahu kesan penggunaan bahan kimia ini.
Tapi sebenarnya ada saja cara semula jadi yang boleh kita lakukan untuk elak penggunaan racun serangga ini. Caranya tanam 6 jenis tanaman penghalau serangga perosak dalam kebun.
1. Kucai elak kumbang
Kucai adalah tanaman herba yang paling mudah ditanam. Ia boleh hidup dalam tanah yang dipenuhi kompos dan bahan organik. Menghasilkan bunga berwarna putih, ia boleh hidup di bawah matahari penuh atau redup. Bahan kimia yang terkandung pada kucai dapat menghalang kehadiran afid dan kumbang di tanaman.
2. Pudina halang lalat putih
Tanaman ini hidup di dalam tanah lembap. Ia biasa ditanam di dalam pasu atau batasan. Kelebihan pudina bukan sahaja bersifat edible, ia juga dapat menghalang kehadiran serangga seperti lalat putih yang memakan bahagian bawah daun, serangga, semut dan pepijat.
3. Petunia hindari pepijat & belalang
Selain daripada tanaman herba, tanaman hiasan juga mempunyai keupayaan sebagai agen penghalau serangga perosak. Petunia adalah musuh kepada kumbang tanduk, pepijat, dan belalang
4. Bayam duri halau ulat beluncas
Bayam ini adalah spesies Amaranthus yang sesuai ditanam di pinggir kebun untuk menghalau sejenis ulat berbentuk seakan-akan ulat beluncas.
5. Ulam Raja elak kupu-kupu tinggalkan larva
Ulam raja merupakan musuh ketat kepada kupu-kupu. Bahaya kupu-kupu yang meninggalkan larva di bawah daun boleh melemahkan tanaman. Ulam Raja juga dapat menghalang serangan lipas di kediaman anda.
6. Ketumbar halau kumbang/hama
Tumbuhan ini merupakan satu kemestian di dapur. Kebaikan padanya bukan sahaja menyedapkan makanan, ia juga dapat menghalau kumbang, afid dan hama yang disebut sebagai spider mite.
Posisi tanam tanaman penghalau serangga
Selang selikan tanaman ini antara pokok sayuran atau tanamkan pokok ini di setiap penjuru kebun. Angin akan membawa bau tanaman ini ke seluruh kebun dan menjadi penghalau semula jadi pada serangga perosak di kebun.
Nota
Tumbuhan penghalau serangga yang lain
– Serai wangi
– Daun kesum
– Daun pandan
– Kemangi
– Bawang
– Limau purut
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.