Masalah nyamuk memang selalu kita hadapi, lagi menakutkan kalau ada banyak nyamuk Aedes sekitar rumah. Bimbang kena demam denggi.

Bila ada masalah nyamuk kita akan gunakan penyembur nyamuk saja walaupun ramai juga yang tidak sukakan baunya.

Lagi satu cara untuk mengelakkan dan menghalau nyamuk adalah dengan menanam pokok Jeremin atau dipanggil pokok Halau Nyamuk. Ini cara semula jadi, tak guna kimia. Ada juga yang memanggilnya pokok Lima Jari.

Pokok Jeremin Berguna Untuk Halau Nyamuk. Letak Di Lokasi Ini Dalam Rumah Supaya Lebih Berkesan
Foto Facebook Gps Semenyih
Pokok jeremin ini mempunyai bau yang kuat seakan bau aerosol, penyembur serangga. Bau ini terhasil sekiranya kita menyentuh daunnya.

Pokok ini boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk.

Cara letak pokok Jeremin supaya lebih berkesan halau nyamuk

Pokok Jeremin Berguna Untuk Halau Nyamuk. Letak Di Lokasi Ini Dalam Rumah Supaya Lebih Berkesan

  • Pokok ini perlu diletakkan di tempat redup kerana pendedahan pada cahaya matahari terik akan merosakkan daunnya.
  • Sebaiknya letak di tingkap atau di tepi pintu rumah. Sebabnya angin yang keluar masuk akan mengoyangkan tanaman ini dan bau Citronella dari daunnya akan keluar merebak ke dalam rumah dan persekitarannya. Aroma Citronella inilah tidak disukai oleh nyamuk.
  • Bagaimana pun jika tidak ada tiupan angin sebenarnya kita boleh menggunakan kipas angin untuk menyebarkan bau dari tanaman ini.

Cara biakkan pokok 

  • Pokok jenis ini boleh dibeli di nurseri dan kemudian boleh dibiakkan sendiri supaya boleh diletakkan di beberapa penjuru rumah.
  • Cuma kerat batang dan cucuk dalam pasu berisi tanah hitam. Pokok ini perlu disiram paling kurang sehari sekali.

Boleh tanam pokok ini juga

Selain pokok jeremin ini, pokok berikut juga boleh ditanam untuk tujuan halau nyamuk.

1. Serai wangi
2. Pudina
3. Selasih/ Kemangi
4. Pokok Bunga Tahi Ayam

Selain itu:  Tip Pasang Tag RFID Supaya Mudah 'Detect', Palang Buka Lebih Awal

Bau yang dihasilkan oleh tumbuhan ini juga tidak disukai oleh nyamuk.

Sumber: Anim Hosnan

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI