Cara Tanam Pokok Limau Purut, Kasturi & Lemon Guna Keratan Dahan. Lagi Senang Tumbuh

Share

Limau tak kira jenis limau purut, nipis, kasturi atau lemon memang banyak kegunaannya. Jadi memang elok kalau tanam sepokok dua di rumah.

Cara penanamannya pun agak mudah, boleh guna keratan dahan saja. Kalau jiran atau saudara mara ada tanam pokok limau boleh minta keratan ini untuk kita tanam di rumah. Syaratnya kena ambil keratan yang sihat.  Caranya dikongsi oleh Bebiyana Tambi Khan.

Tanam limau guna keratan dahan lagi senang

Limau purut, kasturi dan lemon sangat senang ditanam. Hanya perlu pilih dahan yang sihat dan cukup tua untuk dijadikan “cutting” atau keratan.

1.Pilih dahan yang sihat dan “matured”. Potong.

2.Ini contoh dua dahan yang saya pilih. Buang semua daun. Panjang keratan dalam 8 – 10 inci. 2 inci akan kita benam dalam tanah.

3.Buat lubang dalam tanah yang lembap. Kita tanam 1 keratan untuk 1 polibeg.

4.Masukkan keratan dan padatkan tanah supaya dahan tadi berkubur dengan baik. Saya guna recycled cocopeat campur gardening soil. Kadang-kadang saya guna tanah kompos beli dari nurseri.

5. Keratan yang tidak sempat ditanam selepas dipotong boleh simpan dalam bekas berisi sedikit air untuk beberapa hari.

6.Putik daun mula keluar 1 minggu selepas ditanam.

7. Usia 2 minggu lepas. Cepat membesar.

Ini anak pokok lemon usia sebulan.

Ini pula tanam dari keratan 6 bulan yang lalu. Cukup sihat dan stabil untuk kita tanam dalam pasu besar.

Selamat mencuba.

Sumber: Bebiyana Tambi Khan.

IKLAN