Cara Tanam Pokok Selom Dalam Kotak Polisterin, Sebulan Saja Dah Merimbun Hasilnya

Share

Kalau dalam famili ramai yang suka makan ulam selom, eloklah belajar tanam sendiri.

Tak perlu susah cari pasu, jika di rumah ada kotak polesterin ini pun boleh tanam. Lagi merimbun! Caranya dikongsi oleh Ibrisam Wossali.

Tanam pokok selom dalam kotak polisterin

Saya kongsi cara tanam pokok selom dalam polisterin. Kaedah ini boleh juga digunakan untuk  tanam pokok kesom. Sebab kedua jenis pokok ini suka pada keadaan tanah yang lembap dan berair.

1. Kotak polisterin
  • Kotak polisterin mestilah dalam keadaan baik dan tidak rosak. Pada bahagian dasar polisterin tidak perlu buat lubang. Buat lubang pada bahagian sisi saja iaitu lebih kurang sejengkal dari aras tanah.
  • Bila isi tanah nanti mestilah paras tanah melebihi dari paras lubang. Ini bertujuan agar tidak ada air bertakung di dalam polisterin tersebut. Nyamuk pun tidak dapat bertelur di situ.

2. Penyediaan tanah
  • Saya guna tanah bakar atau hitam + tahi kambing/tahi ayam + pasir ( nisbah 3:2:1 )
    Gaul rata kemudian masukkan ke dalam polisterin. Siram air sehingga paras lubang yang dibuat tadi. Biarkan selama seminggu.

3. Penyediaan keratan batang selom
  • Pada setiap keratan batang selom sekurang-kurangnya ada 3-4 ruas mata tunas.
  • Rendam keratan batang selom sehingga berakar. Saya lebih suka biarkan rendaman keratan selom selama 3 minggu. Pada masa ini akarnya dah panjang sikit. Nak rendam seminggu pun boleh juga tapi akar masih pendek lagi.
  • Dalam masa 3 minggu merendam keratan tersebut, kena rajin selalu tukar air rendaman untuk mengelakkan keratan menjadi busuk, rosak dan air menjadi masam.

  • Ketika tanam keratan selom ini, pastikan 1-2 ruas mata tunas tertanam dalam tanah. Pada ruas tersebut ada akar pokok.
  • Selepas tanam dalam masa dua minggu pertama kena siram 2 kali sehari. Ini juga penting untuk pertumbuhan akar pokok yang masih baru.

Ini pokok yang ditanam pertengahan Mei lalu

Ini keadaannya pada 27 Jun lalu, merimbun

4. Pembajaan

Saya mula beri baja pertama bila usia pokok selom sebulan. Saya beri baja kopi. Selang beberapa hari kemudian beri baja AB pula.

Selamat mencuba. Ini adalah cara saya. Orang lain ada caranya tersendiri. Yang paling penting pokok yang kita tanam hidup dan dapat merasa hasilnya.

Sumber: Ibrisam Wossali.

IKLAN