Cara Tanam Sawi Tha Sai, Mudah Tanam Dalam Pasu. Cukup 33 Hari Boleh Tuai

Share

Sawi biasa, sawi giant, pak choy semua dah tanam. Apa kata tanam pula sawi Tha Sai. Daunnya lebih kecil dan lebih hijau. Yang pasti ia tetap sedap jika digoreng atau buat sayur air.

Bagi yang nak cuba tanam sawi ini boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Mohd Amri

Cara tanam sawi ‘tha sai’

Kali ini saya nak kongsi hasil tanaman sawi “tha sai” saya untuk kali pertama. Medium saya guna ialah tanah hitam, sekam mentah, tanah merah bakar dan sedikit cocopeat.

 

1. Bungkus bekas semaian dengan plastik
Pada peringkat hari pertama semaian, saya akan melakukan “heating”. Heating ada satu proses kita menutup bekas semaian dengan plastik hitam secara penuh hampir 3 hari. Proses ini penting untuk memastikan percambahan anak pokok adalah sama tinggi. Sekata. So, takdala anak pokok yang tinggi, ada yang rendah.

2. Buka selepas 3 hari
Selepas 3 hari, buka plastik hitam dan dedahkan dengan cahaya matahari. Proses dedahan ini diambil sehingga hari ke 10. Hanya 50% cahaya sahaja. Saya hanya letak bawah parkir.

3. Sediakan tanah sementara anak pokok besar
Sementara menunggu anak pokok semakin membesar, saya akan sediakan tanah siap-siap. Saya terus masukkan baja organik dan kulit telur ayam yang ditumbuk halus dengan tanah dan siram terus air kosong. Tujuan untuk mengaktifkan tanah sebelum anak pokok masuk.

4. Dedah anak pokok pada cahaya
Pada 10 sehingga 15, saya akan mula dedahkan cahaya matahari penuh. Tapi pastikan medium semaian tidak kering. Untuk makluman, dari awal saya semai, sehingga hari ke 15, saya gunakan air kosong sahaja.

5.Hari ke 16 pindah ke dalam pasu
Hari ke 16, saya akan mula pindahkan anak pokok ke dalam pasu. Saya gunakan satu anak pokok satu pasu kerana sawi jenis ini dikatakan kembang elok macam kubis.

6. Letak baja organik, buat kawalan serangga
Hari ke 25 saya akan beri lagi dua sudu baja organik. Dan terus siram air kosong sehingga hari ke 33 saya akan mula harvest sawi.

Dari segi kawalan serangga, saya hanya gunakan cuka kayu, neem oil, dan juga semburan organik yang saya buat sendiri. Dari segi booster pada daun, saya gunakan FAA iaitu fish amino acid dari ikan tongkol yang saya buat sendiri.

Ringkasnya:
1. Medium Tanah: Tanah hitam, tanah bakar merah, sekam mentah, dan cocopeat.
2. Baja: Baja NleGrow Organik
3. Booster: FAA dan juga (yakult + telur)
4. Kawalan serangga: neem oil, cuka kayu dan semburan organik.

Selamat mencuba

Sumber: Mohd Amri

IKLAN