Selain cili padi, serai, halia atau kunyit, lengkuas juga antara tanaman untuk kegunaan masakan yang boleh kita tanam di rumah. Nak buat tomyam, gulai, singgang dan sebagainya memang menggunakan lengkuas ini. Bila tanam sendiri dapatlah guna lengkuas yang segar.
Cara penanaman lengkuas ini pun mudah juga, kalau tiada benih boleh beli lengkuas di kedai untuk ditanam. Langkah penanaman boleh ikut seperti yang dikongsi oleh Irma Sheky.
Cara dan tip tanam lengkuas
Hari ini nak tanam lengkuas merah isi krim, boleh di kedai runcit saja. Lengkuas merah ini dua jenis, satu kulit merah isi pun merah & satu jenis lagi kulit merah tapi isinya putih krim.
Lengkuas merah ini memang sedap buat masak, walau pun saiznya besar gedabak tapi tak keras & mudah saja nak hiris.
– Supaya benih cepat bertunas, letak dalam bekas & isikan air. Agak-agak tenggelam 1/4 dari tinggi lengkuas (nanti warna lengkuas mungkin bertukar jadi hijau tapi bila dah tanam hasilnya tetap warna merah)
Ads
– Biarkan dalam 1-2 minggu sambil 3 hari sekali tukar air supaya tiada jentik-jentik. Bila dah naik tunas nanti bolehlah tanam dalam polibeg yang diisi dengan medium campuran cocopeat, topsoil dan sekam nisbah 3:1:1.
– Sekiranya nak tanam guna benih yang dah berakar pula boleh terus tanam seketul dalam polibeg.
– Siram sekali sehari tapi jangan bertakung. Dalam 2 minggu lengkuas akan mula bertunas.
Ads
– Usia 10 bulan, daun serta rizom dah padat dalam polibeg.
– Boleh terbalikkan dan ketuk-ketuk supaya akar renggang dari polibeg untuk keluarkan lengkuas.
Ads
– Baja dengan air beras, air basuhan ikan, kulut bawang dan kulit telur 2-3 minggu sekali
INFO: Tanam dalam polibeg lebih senang nak tuai, mudah untuk dicabut dan lerai.
Pisang goreng yang sedap kenalah rangup, sampaikan kita sanggup kutip serdak supaya terasa krup krap sewaktu makan hidangan ini.
Tapi kalau ikut cara yang dikongsi oleh Nur Masri ini, tak perlu kutip serdak kerana salutan tepung pisang goreng ini sedia rangup. Jom cuba.
Cara bancuh tepung supaya pisang goreng rangup krup krap
Bahan-bahan
Pisang – dibuang kulit dan dibelah (jenis pisang ikut citarasa)
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
Bes minuman jagung/Serbuk kunyit
Garam
1 biji telur
1/4 sudu kecil kapur makan
Air secukupnya
Cara membuat
1. Campurkan semua bahan dalam bekas dan gaul sebati.
2. Bancuhan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair biar sedang-sedang saja supaya tepung bersalut elok dengan pisang.
3. Panaskan minyak, ambil sedikit bancuhan tepung dan masukkan dalam gelas kemudian tambah sedikit air supaya cair sikit. Kemudian curahkan dalam minyak panas tadi. Ia akan membentuk serdak rangup yang halus.
4. Kemudian ambil pisang yang dicelupkan tepung dan letak atas serdak yang terbentuk.
Musim PKPB untuk tempóh dua minggu ini jadi medan terbaik buat mereka yang hobi suka menanam pokok dalam membaik pulih apa yang yang sepatutnya.
Bagi mereka yang gemar menanam pokok sayuran, boleh cuba praktikkan petua untuk memastikan daun pokok subur dan tidak diserang serangga perosak.
Pokok hidup subur.
Cara yang dikongsi cukup mudah hanya menggunakan dua bahan yang memang ada di rumah.
Bukan saja selamat dan berkesan tetapi juga memastikan pokok berdaun hijau semakin sihat dan segar.
DIY Air Semburan Sabun Segarkan Pokok
Bahan-bahan:
– Pencuci pinggan Jenama Sunlight yang boleh basuh buah dan sayur (mengandungi aloe vera + garam) berwarna jernih.
– 2.0 liter air
Gunakan pencuci ini yang mengandungi aloe vera & garam.
Cara membuat:
– Ambil 1 sudu makan cecair pencuci dan campurkan dengan air 2.0 liter dalam alat penyembur.
– Isi sampai penuh-penuh dan biarkan hingga buih yang terhasil keluar, barulah ditutup.
– Kemudian bolehlah disembur pada pokok berdaun hijau.
Isi penuh baru sembur.
Tip lain:
– Sembur hanya bila nampak binatang seperti (ulat/bena putih). Bancuhan ini lama tahan.
– Jangan sembur pada sayuran kangkung kerana daunnya melecur.
– Boleh digunakan untuk pokok seperti dibawah.
1. Pokok Limau purut
2. Pokok Serai
3. Pokok Chili
4. Pokok Pudina
5. Pokok Daun Kari
Ada panggil kuih ros, kuih loyang, kuih goyang, kuih sarang lebah atau kuih bunga durian Apa pun namanya tetap kuih yang sama. Kuih lama yang ramai peminatnya.
Kalau mencari kuih raya yang senang buat dan bahan tak banyak, kuih ros ini salah satu daripadanya. Dikongsi oleh Sarimas Senek yang juga peniaga kuih ini, berikut adalah resipi yang boleh diikuti.
Cara buat kuih ros & tip agar kuih menjadi elok
Bahan-bahan
1 kampit/500gram – tepung beras Cap Gajah (3/5 gajah)
2 biji telur
1 cawan gula pasir (kurangkan jika tak nak manis)
1 sudu teh esen ros
1 kotak santan KARA (kecil)
Garam
Sedikit kapur (untuk rangupkan kuih)
Air – 3 kotak (ikut sukatan kotak santan)
Cara membuat
1. Bancuh semua bahan kemudian tapis.
2. Panaskan minyak yang banyak bersama dengan acuan.
3. Celup acuan dalam adunan, biar seketika. Goyangkan loyang supaya ia tanggal dan goreng hingga keemasan.
Tip kalau adunan melekat atau tak nak melekat pada loyang
Adunan lekat pada loyang – selalu terjadi pertama kali buat, adunan melekat tak mahu tanggal daripada loyang. Tip supaya ia tak berlaku rendam loyang dengan minyak yang berisi 3 hingga 4 asam keping sehingga tiga ke empat hari. Kemudian lap kering.
Jika beli acuan baru, jangan basuh dengan air tapi lap acuan dengan minyak hingga bersih.
Adunan tak melekat pada acuan – boleh jadi juga semasa mencelup loyang dalam adunan ia tak melekat. Masalah ini terjadi mungkin kerana loyang berminyak sangat. Ketuk-ketuk sikit acuan atas kain untuk kurangkan minyak kemudian baru celup.
Pastikan acuan betul betul panas supaya adunan melekat. Jika kurang panas adunan takkan melekat.
Jika buat banyak – kalau nak cepat atau nak buat dalam jumlah yang banyak boleh gunakan acuan berangkai 3-5 bunga. Ada jual di Shopee, klik SINI.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...