Cara ‘Trace’ Semula Password Yang Digunakan Jika Terlupa. Tak Perlu Klik ‘Forgot Password’

Share

Ketika ini kebanyakan urusan boleh dilakukan secara online. Demi keselamatan dan privacy pengguna banyak laman web akan menggunakan kata laluan atau password.

Masalahnya bila dah banyak password kita guna, ramai yang akan terlupa dan keliru hingga menyebabkan kita tak dapat log masuk dalam laman web untuk berurusan. Memang boleh klik ‘fForgot Password’ tapi banyak pula langkah selepas itu.

Untuk mudahkan kita cari balik password yang digunakan tanpa klik ‘Forgot Password’ boleh lakukan langkah berikut. Tip ini dikongsi oleh Hafizi Zain.

1. Pergi ke apps Google Chrome yang digunakan untuk layari laman web.

2. Tekan titik 3 di bahagian atas kanan.

3. Scroll ke bawah klik Setting.

4. Pilih Password

5. Nanti akan tersenarai semua website bersama password yang pernah kita masukkan sebelum ini.

6. Klik mana satu laman web yang kita lupa password. Klik lambang ‘mata’ untuk lihat password.

Ok, sekarang dah boleh tahu apa password yang kita guna sebelum ini.

Boleh juga tonton video penuh Hafizi Zain.

@hafizi.zain Khas untuk korang yang selalu lupa password. Meh tengok sini meh. #viral #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #tips #fypシ #tipsbisnes #tipsandtricks ♬ Epic Music(842228) – Pavel

Selamat mencuba

Sumber: Hafizi Zain.

 

IKLAN