Cara Tukar Bil Elektrik Kepada Nama Penyewa, Elak Tuan Rumah Rugi Bila Penyewa Tak Bayar

Share

 

Sering kali kita dengar kes penyewa rumah membuat onar meninggalkan kediaman tanpa membayar bil elektrik yang ada mencecah ribuan ringgit. Mahu tak mahu tuan rumah terpaksalah membayarnya kerana atas nama beliau.

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku atau berulang hingga menyebabkan kerugian lebih baik  tukar nama bil elektrik pada nama penyewa supaya mereka berasa bertanggungjawab untuk membayarnya dan nama tuan rumah tak tercalar.

Dan semua permohonan untuk tukar nama bil elektrik ini boleh dibuat melalui online. Tak perlu ke pejabat TNB! Caranya boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Hazwan Abdullah.

Cara tukar nama bil TNB dari owner kepada penyewa secara online

1. Register dulu dekat
https://www.mytnb.com.my/
2. Lepas register dalam port TNB tu, kita boleh monitor bil, bayar bil , tengok penggunaan semasa and etc.

3. Untuk tukar nama dari tuan rumah kepada penyewa atau dari owner lama ke owner baru atau , step dia sama, kecuali dokumen saja yang lain.

4. Untuk memohon tukar nama, boleh rujuk screenshot dekat bawah, step by step.

5. Settle je permohonan tukar nama dekat portal, nanti kita akan terima satu email pengesahan untuk tukar nama.

6. Dalam sehari dua macam tue, staff TNB akan call kita untuk confirmkan permohonan kita.

7. Kemudian, TNB akan hantar satu lagi email beritahu no akaun TNB yang baru , dan juga lampiran deposit berapa yang kita kena bayar. Deposit boleh di bayar melalui online banking kepada nombor akaun TNB yang baru.

8. Lepas bayar deposit, kita akan terima satu lagi email from TNB ( welcome email) , so settle dah tukar nama.

9. Dalam proses permohonan tue, kita akan pilih bila tarikh akhir bacaan meter untuk akaun yang lama, sebagai contoh kita pilih 10 hb, so dari tarikh 26 hb hingga 10hb , penggunaan eletrik pada tarikh ni akan ditolak dari deposit owner lama. Selepas tarikh tue, penggunaan akan di caj kepada akaun yang baru. SETTLE !

Untuk lebih detail, boleh rujuk screen shot yang dikongsi oleh Hazwan ini

  1. Register dulu https://www.mytnb.com.my/

2. Untuk permohonan, tekan garisn tiga dekat atas kanan

3. Tekan apply

4. Untuk tukar nama dari owner lama ke owner baru atau tukar nama dari owner kepada penyewa, tekan “I am moving in, get me started”

5. Dekat property address, isi alamat sama dengan alamat semasa bil TNB, dia akan automatic keluar .

 

6. Pilih i’m applying as

 

7. Pilih individual

8. Dokumen yang diperlukan

9. Then, isi semua personal details penyewa baru.

10. Ok dekat sini, electric supply date adalah bacaan akhir meter akaun yang lama, so penggunaan eletrik pada tarikh yang kita pilih tue akan di bil kan kepada penyewa.

Pilih jugak masa untuk bacaan akhir meter. Kalau meter tue boleh access by TNB, tick jer. Untuk  address tue, just click dekat same address kalau kita nak bil hantar dekat adress yang sama.

 

11. Pilih tarikh

12. Pilih waktu

13. Klik Same premise address

14. Step 1 boleh download permohonan kita, just untuk reference kita. Step 2, upload dokumen yang diperlukan.

15. Then, click all the requirement tue and click submit!

16.Dalam  sehari dua macam tu, TNB akan hantar email beritahu nombor akaun yang baru, lepas tue berapa deposit yang kena bayar

 

17. Ini deposit yang kena bayar, berbeza jumlah berdasarkan jenis kediaman. Kalau apartment, RM263

19.  Lepas bayar deposit, kita akan terima satu email macam ni, so settle urusan tukar nama tanpa pergi kaunter.

Selesai urusan tanpa pergi ke kiosk TNB. Online saja.

Sumber: Hazwan Abdullah

 

 

IKLAN