Cara Tukar Kepala Paip Shower Yang Masih Menitis Air Walau Dah Tutup Ketat

Share

Dah tutup kepala paip atau stop cork shower tapi air tetap juga menitis. Kadang-kadang yang menitis tu banyak walaupun dah pulas ketat.

Kalau tukar kepala paip singki mungkin ada yang dah tahu tapi untuk kepala paip shower melekat pada tiles ada caranya. Salleh Tumari berkongsi langkah DIY yang beliau lakukan untuk menukar stop cork shower ini.

CARA TUKAR STOP CORK SHOWER

Saya nak share cara saya tukar stop cork untuk shower di bilik air saya. Bila tutup stop cork, air masih keluar di shower. Boleh penuh air 1 baldi.

Saya dapat ilmu baiki paip ini dari group Tukang Apa Hari Ini juga. Ramai yang kongsi ilmu di sini. Cara- cara nya ialah:

1. Cabut kepala stop cork dengan locking pliers dan adjustable wrench spanner.

2. Buat ruang lubang di keliling stop cork dengan drill.

3. Korek simen dalam mozek dengan besi dan tukul.

4. Bila locking pliers boleh grip stop cork.

5. Buka stop cork ikut arah lawan jam.

6. Cari stop cork baru yang boleh masuk dengan PEMBUKA PLUG MOTO.

7. Ikat stop cork mengikut arah jam.

8. Tutup lubang dengan WHITE CEMENT. Bancuh white cement dengan air dan ratakan pada lubang sekitar stop cork tadi. 

Untuk lebih kemas disarankan guna alat ini.

Boleh juga tonton video penuh beliau di SINI

Semoga bermanfaat

 

IKLAN