Cara Tukar Tombol Pintu Yang Rosak, Kemahiran Asas Wajib Tahu Bila Duduk Rumah Sendiri!

Share

Biasa terjadi di kediaman tombol pintu rosak. Ada yang membiarkannya saja sebab tiada kemahiran nak menggantikannya.

Hakikatnya menukar tombol pintu ini adalah kemahiran asas yang perlu kita tahu bila sudah duduk di kediaman sendiri.

Bagi yang belum tahu boleh ikut perkongsian daripada Ariff Fadzlie Mohtar.

Barang yang diperlukan

Barang-barang yang diperlukan adalah tombol pintu (beli dekat MR DIY murah RM 8 sahaja) dan skrew driver.

Langkah 1

Tekan punat tersebut dengan pencungkil yang disediakan bersama tombol baru, dan tarik tombol.

Langkah 2

Tanggalkan cover tombol dan unscrew pelapik tombol.


Langkah 3

Seterusnya tarik tombol keluar sepenuhnya.


Langkah 4

Ulangi langkah 1 pada tombol baru untuk keluarkan kepala tombol.


Langkah 5

Langkah ini rumit sedikit, masukkan cangkuk pintu (1) ke dalam lubang sisi tombol (2).

Pastikan kemasukan kemas dan mencengkam tombol. Jika tidak, tombol tak boleh di pulas.

Langkah 6

Part rumit dah settle, sekarang skrew balik penutup dan cover tombol.



Done! Mudah saja tanpa perlu habiskan beratus pada repairman.


Sumber: Ariff Fadzlie Mohtar

IKLAN