
Waktu ini ramai yang kena bekerja dari rumah. Dalam keadaan ini penting sangat untuk kita ada coverage telco yang laju untuk memudahkan melakukan kerja di rumah.
Atau mungkin juga line telco yang kita guna selalu bermasalah di kediaman kita jadi nak juga tahu mana telco yang baik liputannya supaya kita boleh tukar. Takkan nak beli sim kad setiap telco pulak. Jadi ikut saja cara ni.
1. Pergi ke Appstore atau Playstore, kemudian download apps Open Signal.
2. Sesudah install bukak apps tadi dan klik coverage (yang bulat di bahagian bawah).
3. Kena sabar sekejap untuk apps ini tentukan lokasi kita. Selepas GPS dah accurate lokasi tekan compare performance di bahagian bawah. Waktu ini apps akan check satu-satu telco.
4. Di kawasan rumah ini contohnya, line Maxis paling laju and line DiGi paling slow.
Dah tahu, mungkin boleh tukar line telco kepada yang lebih laju.
Sumber: Akram
13 Tahun Kerja Kedai Emas, Wanita Ini Kongsi Cara Betul Cuci Emas, Boleh Buat Sendiri Di Rumah

Kebanyakan wanita mengenakan perhiasan emas baik gelang, cincin, rantai setiap hari. Ada yang langsung tak pernah tanggalkan.
Tapi meski setiap hari memakainya berapa kali kita mencucinya? Ada yang cuci 2-3 tahun sekali itu pun bila nak raya.
Kalau dah lama tak cuci eloklah tanggalkan dan cuci untuk bersihkan dari kotoran dan peluh supaya berkilat semula. Caranya boleh guna perkongsian Bunga Yanie yang berpengalaman bekerja di kedai selama 13 tahun. Lepas ini tak perlu hantar kedai emas untuk cuci, ikut saja langkah ini.
Cara cuci emas ikut cara kedai emas
Sis bongkar pengalaman 13 tahun kerja kedai emas. Lepas ni tak perlu susah-susah pergi kedai emas cuci kena caj.
Cara cuci emas 750, 916, 999. Jangan risau emas uols takkan lebur. Emas Korea jangan sesekali tiru ya. Tak payah bazir duit hantar cuci di kedai emas sebab inilah cara mereka cuci emas.
1. Sediakan cecair pencuci pinggan jenama Joy atau Glo.
2. Tuang dalam periuk bersama air.
3. Masukkan barang kemas korang ke dalam air sabun tadi dan buka api.
4. Kacau barang kemas tadi sampai air mendidih dan nampak kotoran terapung. Kemudian boleh tutup api.
5. Masukkan barang kemas tadi dalam besen berisi air bersih.
6. Sental guna berus gigi & bilas.
7. Kemudian keringkan, boleh guna pengering rambut atau lap dan biarkan kering.
Siap, boleh pakai semula barang kemas ni. Senang saja kan.
Boleh tonton video ini juga.
Selamat mencuba.
Sumber : Bunga Yanie
DIY Racun Organik Mudah Untuk Selamatkan Pokok Sayur Dari Serangan Lalat Putih. Guna 3 Bahan Saja

Isi Kandungan
ToggleSerangan lalat putih atau bena putih memang masalah biasa jika tanam pokok sayuran seperti cili, terung atau tomato.
Serangan lalat ini jika dibiarkan tanpa kawalan lama kelamaan akan daun lumpuh dari membuat fotosintesis dan akhirnya pokok akan mati.
Sebab itu jika tanam sayur kena ada kawalan dari serangga ini. Paling mudah adalah membuat sendiri racun organik dan sembuh pada pokok. Caranya dikongsi oleh Syamimah Binti Ismail.
Buat sendiri racun organik untuk atasi serangan lalat putih
Siapa yang ada menanam cili, tomato & terung mesti geram tengok lalat putih atau afid yang menyerang. Habis rosak daun dibuatnya. Lama kelamaan pokok akan mati.
Jadi jom hari ni belajar buat racun organik, hanya gunakan bahan dapur saja. Dijamin selamat kerana organik.
1. Bahan-bahan yang digunakan – 1 labu bawang putih, 6 biji cili padi dan 300ml air.
2. Kisar semua bahan tadi kemudian masukkan dalam bekas. Tutup bekas berisi bahan kisar dengan kain untuk elak serangga masuk dan peram selama 24 jam.
4. Selepas 24 jam, tapis bahan peram tadi dan ambil patinya. Hampas bolehlah ditabur pada tanaman. Tuang pati tadi dan letak dalam botol. Untuk tahan lama simpan dalam peti sejuk. Sila label untuk elak terminum.
Cara penggunaan
- Masukkan 60ml pati dan campur dengan 1 liter air bersama 1 sudu minyak masak dan 1 sudu teh cecair pencuci pinggan.
- Spray time lewat petang, pukul 6 petang ke atas. Ini kerana sifat semulajadi serangga perosak aktif pada waktu malam. Jadi spray waktu lewat petang adalah paling sesuai.
Tip semburan
- Fokus spray pada bahagian bawah daun. Sebab kat situ lah tempat ‘mereka’ berhimpun.
- Gunakan nozzle spray yg paling halus. Ataupun yang berkabus adalah lebih baik.
- Spray seminggu sekali. Sekiranya pokok diserang teruk, spray selang 2 hari sehingga serangga hilang.
- Apabila pokok dah masuk peringkat berbuah, spray lebih kerap (3 kali seminggu). Sebab pada peringkat ini, pokok akan lebih kerap diserang perosak.
Selamat mencuba.
Sumber: Syamimah Binti Ismail.
Buat Sendiri Chocolate Chip Almond Cookies Ikut Cara Wanita Ini. Resipi Dah 30 Tahun, Memang Sedap

Biskut atau cookies ini memang kegemaran ramai, terutama anak-anak. Tapi biasanya kita akan beli atau tempah saja.
Walhal cara nak buatnya tak susah sangat pun. TApa kata kita cuba buat sendiri ikut resipi perkongsian Norliza Ali. Ujarnya sudah 30 tahun dia menggunakan resipi ini dan ramai yang menggemarinya. Nak buat berniaga pun boleh katanya.
Chocolate Chip Almond Cookies, 30 tahun punya resipi
Resipi ini saya dah pakai dekat 30 tahun lamanya. Alhamdulillah, ramai orang suka My own version of Chocolate Chip Almond Cookies.
Bahan-bahan:
250gm butter
140gm gula kastor
120gm brown sugar
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla.
200gm nibbed almonds/ badan cincang
400gm chocolate chips
370gm tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
Cara membuat:
1. Dengan menggunakan hand mixer, pukul 250gm butter dengan 140gm gula kastor dan 120gm brown sugar sehingga kembang.
2. Tambahkan 2 biji telur, sebiji dahulu pukul sehingga kembang, baru tambahkan sebiji lagi.
3. Masukkan 1 sudu teh esen vanilla.
4. Ayak 370gm tepung gandum biasa, 1 sudu teh bicarbonate soda dan 1 sudu teh garam ke dalam adunan. Guna spatula dan kacau sebati.
5. Masukkan 200gm nibbed almonds dan 400gm chocolate chips.
6. Selepas adunan siap, boleh simpan dalam peti sejuk selama setengah jam supaya senang untuk dibentuk, tidak terlalu lembik.
7. Gunakan sudu penyukat saiz 1/2 sudu besar atau tablespoon sebagai acuan. Isi sudu penuh penuh, ratakan, cungkil dan letak atas baking pan yang dilapik dengan baking paper. Saya guna pan segi empat 12 inci dan muatkan 25 ketul cookies. Bakar dalam oven suhu 175°C selama 18 minit.
8. Sejukkan biskut sebelum simpan dalam bekas yang kedap udara.
Rajin rajin lah buat ya. Nak berniaga pun bagus.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Norliza Ali.