Keadaan cuaca negara kita yang selalu panas elok kiranya kalau pasang tinted pada cermin rumah terutama sliding door.
Bukan saja untuk elak panas dan silau saja tapi yang lebih penting untuk jaga privacy dan aurat penghuni rumah. Takdelah bila selak langsir nampak dari luar suasana dalam rumah.
Menariknya, kita boleh pasang sendiri tinted ini di rumah. Boleh jimat banyak, daripada upah orang untuk menyiapkannya.
Apa yang diperlukan cuma beli sendiri stiker tinted ini dan didatangkan sekali dengan kit pemasangan. Selebihnya ikut langkah yang dikongsi oleh Zulfikri Zainol.
DIY pasang tinted sliding door
Sebelum pasang tinted
Survey tanya orang nak upah pasang tinted ini katanya makan kos RM1K lebih. Alang-alang ada masa terluang kita pasang sendiri saja.
Kos pasang sendiri
Sticker tinted 5ft x 50ft – RM210 – boleh beli di Shopee. Siap dapat kit pemasangan.
Jimat lebih kurang RM800.
1. Cuci cermin bersih, buang atau kikis bendasing yang melekat pada cermin sliding.
2. Sembur sabun tinted pada cermin (sabun ada diberi sekali dengan set tinted).
Ads
3. Potong ikut saiz cermin, buka lapisan nipis tinted (ini paling mencabar. Tutup kipas untuk elak ia berterbangan melekat pada benda lain) dan spray lagi sabun atas permukaan yg melekat tu.
4. Lekat dan adjust tinted atas cermin. Selagi sabun ada masih boleh ejas lagi kedudukan dia.
5. Tarik keluar buih sabun dan gelembung udara guna scraper (diberi sekali set tinted)
6. Potong lebihan tinted dibingkai cermin. Kalau boleh buka getah tepi cermin lagi senang. Tolak masuk kemudian pasang balik getah. Tak perlu potong dah. Siap!
Ads
Kaedah sama juga guna untuk pasang tinted pada tingkap rumah.
Kacang tanah, antara tanaman paling senang untuk ditanam dan dijaga. Tak semestinya tanam atas batas, dalam pasu atau polibeg pun boleh saja.
Tanam beberapa biji, hasilnya boleh jadi beberapa jambak kacang tanah. Benih kacang tanah pun senang cari, beli kacang di kedai runcit saja. Bagi yang nak cuba boleh ikut perkongsian Liyana Mohd Poad ini.
1. Beli kacang tanah dari kedai runcit. Saya beli RM3. Ambil 1/4 sahaja dari paket. Jangan membazir.
2. Rendam kacang tanah dengan air paip selama 3 hari 3 malam. Air jangan banyak, rendam paras kacang sahaja. Tukar air selalu sebab air akan diserap.
3. Selepas 3 hari, kacang akan bercambah seperti dalam gambar. Boleh terus tanam dalam pasu atau polibeg.
3. Satu polibeg saiz 16 boleh tanam 3 biji kacang tanah. Guna tanah organik atau tanah poros bersama 4 genggam pasir halus. Tak perlu cocopeat atau sekam padi.
Ini tanah yang selalu saya guna untuk tanaman.
4. Penjagaan paling mudah. Siram dua kali sehari dan bubuh baja organik seminggu sekali. Baja apa pun boleh asalkan namanya baja.
4. Selepas 2 bulan setengah hingga 3 bulan, boleh cabut pokok dan tuai hasilnya. Kalau mahu dapatkan banyak isi, tunggu 4 bulan, baru tuai.
Paling best tanaman ini tiada macam-macam penyakit macam pokok cili atau sayur berdaun lain. Tanam, siram, tinggal saja.
Walaupun telefon bimbit dibawa ke mana saja tapi ramai juga yang lupa menetapkan info penting di dalamnya.
Nombor dan orang yang perlu dihubungi ketika berlaku kecemasan pada diri kita supaya mudah untuk orang lain menghubungi insan terdekat bagi memaklumkan perkara yang berlaku.
Bayangkan kita pengsan akibat kemalangan dan sebagainya tapi orang yang menjumpai tak tahu siapa untuk dihubungi selain polis dan ambulan.
Oleh itu ambil sedikit masa dan buat tetapan ini di telefon bimbit kita. Bagi pengguna Iphone boleh gunakan fungsi Medical ID dalam apps Health.
Ia memaparkan nombor telefon yang boleh dihubungi meskipun telefon bimbit dalam keadaan screen locked.
Tekan apps Health (yang ada bentuk hati tu).
2. Tekan profile kita bahagian kanan atas (sebelah Browse)
3. Pilih Medical ID.
4. Masukkan atau pilih dari senarai contact orang yang akan dihubungi jika berlaku kecemasan. Kemudian pastikan kita pilih Emergency Access dalam mood ‘Show when locked’. Jadi bila screen telefon bimbit lock, tak tahu password orang lain boleh tetap hubungi nombor yang ditetapkan ketika kecemasan.
5. Bila dah set medical ID, inilah hasilnya. Bila tekan butang tengah telefon bimbit akan keluar paparan Enterpascode. Bila tekan ‘Emergency’ di bahagian bawah kiri.
6. Bila tekan ‘Emergency’ kan terpapar ‘Medical ID’ yang bila ditekan akan memapar nombor yang boleh orang lain hubungi bila berlaku kecemasan pada kita. Selain itu bila nombor kecemasan ini dihubungi, ia juga menghantar mesej lokasi di mana pemilik telefon berada.
Medical ID ini juga berguna jika kita tercicir telefon, mudah untuk orang lain yang baik hati nak pulangkan telefon bimbit.
Serangan lalat putih atau bena putih memang masalah biasa jika tanam pokok sayuran seperti cili, terung atau tomato.
Serangan lalat ini jika dibiarkan tanpa kawalan lama kelamaan akan daun lumpuh dari membuat fotosintesis dan akhirnya pokok akan mati.
Sebab itu jika tanam sayur kena ada kawalan dari serangga ini. Paling mudah adalah membuat sendiri racun organik dan sembuh pada pokok. Caranya dikongsi oleh Syamimah Binti Ismail.
Buat sendiri racun organik untuk atasi serangan lalat putih
Siapa yang ada menanam cili, tomato & terung mesti geram tengok lalat putih atau afid yang menyerang. Habis rosak daun dibuatnya. Lama kelamaan pokok akan mati.
Jadi jom hari ni belajar buat racun organik, hanya gunakan bahan dapur saja. Dijamin selamat kerana organik.
1. Bahan-bahan yang digunakan – 1 labu bawang putih, 6 biji cili padi dan 300ml air.
2. Kisar semua bahan tadi kemudian masukkan dalam bekas. Tutup bekas berisi bahan kisar dengan kain untuk elak serangga masuk dan peram selama 24 jam.
4. Selepas 24 jam, tapis bahan peram tadi dan ambil patinya. Hampas bolehlah ditabur pada tanaman. Tuang pati tadi dan letak dalam botol. Untuk tahan lama simpan dalam peti sejuk. Sila label untuk elak terminum.
Cara penggunaan
Masukkan 60ml pati dan campur dengan 1 liter air bersama 1 sudu minyak masak dan 1 sudu teh cecair pencuci pinggan.
Spray time lewat petang, pukul 6 petang ke atas. Ini kerana sifat semulajadi serangga perosak aktif pada waktu malam. Jadi spray waktu lewat petang adalah paling sesuai.
Tip semburan
Fokus spray pada bahagian bawah daun. Sebab kat situ lah tempat ‘mereka’ berhimpun.
Gunakan nozzle spray yg paling halus. Ataupun yang berkabus adalah lebih baik.
Spray seminggu sekali. Sekiranya pokok diserang teruk, spray selang 2 hari sehingga serangga hilang.
Apabila pokok dah masuk peringkat berbuah, spray lebih kerap (3 kali seminggu). Sebab pada peringkat ini, pokok akan lebih kerap diserang perosak.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...