Cara Urus Wayar Berselirat Di Kabinet TV, Guna Alat Ini Supaya Kemas, Tak Sakit Mata

Share

Melihat wayar yang berselirat di bahagian kabinet tv atau meja komputer boleh menyakitkan mata terutama bagi yang pengemas.

Tak puas hati selagi nampak masalah wayar tak teratur. Bagi mengatasi masalah ini perkongsian idea daripada Khalidah Khairizam

boleh membantu.

Sebenarnya ada banyak alat yang boleh kita gunakan untuk uruskan wayar tv, sound system, wifi, yang selalu diletakkan di satu tempat hingga buat ia nampak tak terurus.

Antaranya menggunakan Cable Management Panel dan juga Wire Holder Clip Cable.

Guna alat ini

  1. Panel hitam itu Cable Management dan pek kecil putih itu clip cable.

2. Cable Management Panel, lekatkan guna double sided di belakang kabinet. Kemudian masukkan semua cable dalam ni. Penutup depan panel ini boleh sile untuk buka.

3. Kemudian kita kemaskan wayar berselirat itu guna clip cable. Cuma tampal sebab di belakangnya memang dah ada double sided.

4. Extension plug boleh lekat guna double sided juga di belakang kabinet. Boleh guna brand 3M.

Dah kemas.

Klik SINI untuk beli Cable Management Panel

Klik SINI untuk beli 

 

Sumber: Khalidah Khairizam via #kemasrumahwithhani

IKLAN