Cerek Lama Jangan Dibuang, Boleh Ubah Jadi Hiasan Dinding Macam Ni!

Share

 

Selalu kita lihat cerek dijadikan pasu bunga hiasa tapi idea ini lain sikit. Rupanya boleh juga dijadikan dekorasi dinding yang comel.

Idea ini merupakan perkongsian daripada Puteri Fhara Ryan.

Kalau diperhati cara nak buat pun senang.

Bahan diperlukan:

Cerek lama
Cat (spray)
Hiasan – manik, tisu decoupage, gam, dawai
Papan

Cara membuat:

1. Spray cat pada cerek. Cat juga tangkainya. Biarkan kering.

2. Tampal dengan hiasan bunga tisu decoupage, manik mutiara mengikut kreativiti.

3. Untuk nampak seperti air menitis gam manik pada dawai kemudian lekat pada muncung cerek.

 

4. Lekatkan cerek yang siap dihias pada papan yang telah dicat. Letak juga cawan serta piring untuk melengkapkan hiasan cerek.

Dah siap! Selamat mencuba.

 

Sumber: Puteri Fhara Ryan

 

IKLAN