Chef Kongsi Cara Rebus Telur Supaya Mudah Dikupas, Elok Licin. 1500 Biji Telur Siap Kupas Cuma 2 Jam Ikut Cara Ini

Share

Rebus dan kupas telur nampak senang tak kalau tak kena cara, kulit melekat hingga sukar dikupas. Hasilnya telur rebus terkopek dan tak licin.

Lagi masalah kalau perlu mengupas telur dalam jumlah yang banyak. Supaya tak berdepan masalah begini terutama bagi peniaga makanan boleh praktikkan tip yang dikongsi oleh Chef Hazif Fizzainal

.

Menurutnya jika menggunakan cara ini untuk kupas 1500 biji pun tiada masalah, 2 jam saja dan setel.

4 cara rebus telur supaya mudah dikupas

Ada terbaca posting perniaga nasi lemak dilema nak masak telur rebus. Jangan risau tip ini boleh memudahkan kawan-kawan dan peniaga di luar sana. Nak kupas 1500 biji telur pun tiada masalah, hanya ambil masa 2 jam saja jika telur dimasak dengan cara ini.

Jom saya share 4 cara rebus telur supaya mudah dikupas.

1.Rebus telur dalam suhu didih 100’c dan masukkan garam. Insya-Allah telur mudah dikupas.

2.Atau boleh juga rebus telur dalam suhu didih 100’c dan tuang sedikit minyak masak.

3.Boleh juga gunakan stimer. Susun telur dalam bekas stim selama 21 minit suhu 100’c.

4.Satu lagi cara,  sediakan periuk, air, tunggu sehingga mendidih dan rebus telur hingga masak.

Insya-Allah telur akan senang dikupas ikut cara ini.

Selamat mencuba.

Sumber: Chef Hazif Fizzainal

IKLAN