Dah la Cantik, Bijak Pula. Netizen Puji Pencapaian Adik Beradik Anzalna, Ini Baru Beauty With Brain!

Share

 

 

Kalangan artis, Anzalna antara yang punya adik beradik dengan rupa paras yang cantik. Tapi mereka ini bukan cantik semata, malah bijak juga.

Tengok sajalah result peperiksaan adik-adiknya yang dikongsi oleh Anzalna baru-baru ini.

Kakak mana yang tak bangga kan bila lihat keputusan macam ni kan. Malah netizen juga memuji pencapaian adik-adik Anzalna ini.

Tahniah @nazirahnasir97, tiada apa yang menggembirakan saya selain melihat kecemerlangan kamu dalam pelajaran. Ibu bapa kami selalu berpesan bahawa kecantikan takkan dapat membawa kita pergi jauh melainkan pendidikan.

Mereka juga mengajar kami supaya berada rendah diri tak kira berapa tinggi un kejayaan yang dikecapi.

Inilah Nazirah Nasir, adik Anzalna.

Ketika zaman universiti @afifahnasir, dia juga buat saya sebagai kakak berasa bangga dengan keputusan yang cemerlang sehinggalah dia menamatkan pengajian dengan sgulung ijazah.

Saya masih ingat dia belajar dari pagi hingga ke malam, sampai makan pun tolak tepi demi semata mata untuk belajar dan sekarang Maggie pun melalui fasa yang sama.

Ini pulak Afifah Nasir.

 

Saya memang bangga dengan adik-adik saya dan tak dinafikan itu semua diwarisi daripada ayah.

Saya memang pandang tinggi pada ayah. Segala penjacapaiannya dalam hidup memang membanggakan saya. Memang betul apa yang orang kata tentang dirinya. Bijak tapi merendah diri. Tahniah ayah atas buku terbaru tulisan ayah.

 

Beauty with brain, antara kata netizen. Menurut pelakon ini, pencapaian ini sebenarnya turut diwarisi daripada latar belakang bapanya Prof. Dr Mohd Nasir yang juga seorang pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Beauty with brain

Best student

 

Sumber: anzalnanasir88

 

 

 

IKLAN