Daripada Biar Wraps Expired Kita Tukar Jadi Chips/Kerepek Rangup. Cicah Macam Ni Lagi Best

Share

Beli wraps dengan niat nak amalkan pemakanan sihat tapi masaknya cuma sekeping dua saja, satu selebihnya terbiar dan akhirnya expired! Siapa yang macam ni, angkat tangan.

Kalau wrap masih boleh digunakan apa kata ambil dan kita tukar jadi chips atau kerepek! Ala-ala tortilla chips rangup dan sedap pulak tu. Idea ini dikongsi oleh Zatil Arip

yang menghidangkan chips ini dengan telur hancur.

Cara menukarkan wrap kepada tortilla chips

1. Sapu wrap dengan minyak zaitun.

2. Potong menjadi bentuk segitiga-segitiga kecil.
3. Tabur garam dan lada hitam jika suka.

4. Bakar suhu 180°C selama 7 minit atau sehingga kerangupan yang disukai.

Chips ini boleh dimakan bersama dengan telur hancur. Sesuai untuk sarapan. Ini pula cara membuat telur hancur (scramble eggs).

Bahan-bahan:

4 biji telur
Setengah cawan susu segar
Garam
Lada hitam
Tomato-dadu
Bawang-dadu
Daun ketumbar-hiris
Sehiris lemon

Cara membuat:

  1. Pecahkan 4 biji telur, kemudian gaul dengan setengah cawan susu segar, garam dan lada hitam.

2. Cairkan mentega, masak telur api perlahan sambil kacau.

3. Bila dah sedikit berketul, angkat. Boleh perah sedikit lemon.

4. Taburlah dengan apa yang kita suka, masuk timun potong dadu pun sedap.

Selamat mencuba!

Sumber: Zatil Arip

 

IKLAN