Daun Kuning & Gugur, Dahan Mati Tanda Pokok Kena Serangan Kulat. Begini Cara Untuk Pulihkannya

Share

Pokok kari dah besar tapi tiba-tiba daunnya kuning dan gugur. Dahan-dahan kecil pun mula mati, seterusnya pokok pun tak dapat diselamatkan.

Kalau terjadi begini, boleh ikut tip dikongsi oleh Mohd Nor supaya pokok dapat dipulihkan.

Tip Rawat Pokok Yang Terkena Serangan Kulat

Pernahkah pokok yang ditanam (pokok kari, limau, tin) daunnya banyak yang gugur. Dahan kecil mula mati, daun-daun menjadi kuning kemudian pokok mati.

Jika ini berlaku cuba lihat sekeliling batang pokok, pasti banyak kulat & berdebu ketika kering.

Ia berpunca daripada pokok yang kerap basah(lembab), kurangnya cahaya matahari & pokok terlalu padat. Tiada racun yg boleh membunuhnya kecuali dgn menggunakan teknik di bawah.

1. Bila nampak batang pokok dipenuhi kulat, cantas semua dahannya macam pokok kari ini.

Daun di bahagian atas masih boleh digunakan.

2. Selepas dicantas hingga tinggal dahan utama, cuci sekeliling batang pokok menggunakan sabun pencuci pinggan & span.

3. Tapi sebelum itu alas dulu permukaan tanah supaya air sabun tak jatuh ke tanah. Kemudian lap dahan tadi sehingga kering batangnya. Kalau ada kawalan perosak seperti strex, brogard, kitosan atau lain-lain jenama bolehlah spray selepas dicuci.

4. Setelah dicuci batangnya kembali segar.

5. Selepas 1 minggu pucuk baru mula keluar dan insya-Allah akan membesar sihat selepas kaedah ini.

Semoga bermanfaat

Sumber: Mohd Nor

IKLAN