Apabila musim PKPB ini macam-macam idea yang keluar. Dari bab mencipta resipi baru, menanam pokok tanaman ataupun menghias rumah.
Masa senggang yang ada inilah digunakan untuk mencantikkan lagi kediaman terutama pada sudut dinding kosong yang selama ini kelihatan suram dan lesu.
Idea menjadikan dinding kosong dari PaintHub Hassan Hardware ini boleh dijadikan ruang kediaman lebih menarik dalam mencipta kelainan.
Apabila siap hasilnya seperti anda memasuki kafe hipster dengan feature wall dinding bata merah stail hipster. Ia kelihatan sangat eksklusif dan mewah.
Selain cara membuatnya yang sangat mudah, bajetnya juga menjimatkan. Paling penting kepuasan apabila dapat melakukan sendiri kerja tangan ini.
Diy Dinding Rumah Ala Bata Merah Stail Hispter
Cara Membuat:
1. Gunakan cat jenis ini.
Ads
Gunakan cart ini.
2. Bancuh terlebih dahulu cat berkenaan.
Bancuh hingga lembut.
3. Buat special effect cat pada dinding.
Buat garisan
4. Kemudian buat line satu persatu guna laser level measurement dan kikis.
Ads
Buat line satu persatu.
5. Jadikan seperti bentuk bata.
Jadikan seperti bentu bata.
6. Kemudian catkan pula dengan warna merah untuk visual effect seperti bata.
Catkan dengan warna merah.
7. Seterusnya cat pula warna putih pada garisan mengikut bata.
8. Dan ini hasilnya. Boleh di dekorasi mengikut citarasa. Letakkan bingkai gambar, pokok hiasan untuk menaikkan seri pada dinding bata ala stail hipster ini.
Tidak semua wira memakai uniform atau berdiri di atas pentas menerima tepukan gemuruh. Ada yang memilih lorong-lorong gelap kota untuk menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan. Ada juga yang menghabiskan sebahagian besar hidup mereka demi memastikan anak-anak istimewa mempunyai masa depan yang lebih baik.
Atas keikhlasan, pengorbanan dan sumbangan yang diberikan kepada masyarakat, tiga lelaki bergelar bapa dipilih menerima Anugerah Khas Inspirasi Bapa, satu pengiktirafan kepada individu yang menjadikan nilai kebapaan sebagai asas untuk berbakti kepada orang lain.
Mereka ialah aktivis sosial Mohd Yusof Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Abang Minyak Hitam, aktivis kebajikan Mohd Azhan Mohd Adnan atau Abbe Hae, serta pengasas Autism Cafe Project, Mohd Adli Yahya.
Walaupun datang daripada latar belakang yang berbeza, ketiga-tiga mereka berkongsi satu persamaan. Mereka membuktikan bahawa menjadi seorang bapa bukan sekadar membesarkan anak sendiri, tetapi turut memberi harapan kepada masyarakat sekeliling.
Bagi Mohd Adli Yahya, 57, segala-galanya bermula daripada tanggungjawab sebagai seorang ayah.
Anaknya yang menghidap autisme dan tidak mampu bertutur membuatkan beliau sering memikirkan persoalan sama yang menghantui ramai ibu bapa kepada anak-anak istimewa.
“Siapa yang akan menjaga mereka apabila ibu bapa sudah tiada?”
Daripada persoalan itulah lahirnya Autism Cafe Project, sebuah inisiatif yang menyediakan peluang pekerjaan kepada individu autisme agar mereka mampu berdikari serta diterima oleh masyarakat.
Menurut Mohd Adli, usaha itu tidak pernah bertujuan membantu anaknya semata-mata.
“Ini anak saya… dia tak boleh bercakap. Jadi saya tak boleh biarkan dia begitu sahaja. Saya buat ini bukan untuk dia seorang, tetapi supaya lebih ramai anak autisme mendapat peluang yang sama.”
Hari ini, Autism Cafe Project bukan sahaja menjadi tempat bekerja, malah menjadi ruang untuk golongan autisme membina keyakinan diri dan menunjukkan kemampuan sebenar mereka kepada masyarakat.
Bagi Mohd Azhan Mohd Adnan atau Abbe Hae pula, perjalanan kebajikannya bermula dengan sesuatu yang cukup sederhana.
Pada asalnya, isterinya hanya mahu menyediakan makanan kepada jemaah masjid setiap hari Jumaat.
Namun daripada niat kecil itu, beliau mula mendekati golongan gelandangan dan anak-anak lorong di sekitar Chow Kit serta Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur.
Semakin lama bersama mereka, semakin beliau memahami bahawa bantuan yang diperlukan bukan sekadar makanan.
Mereka juga memerlukan perhatian, kasih sayang dan seseorang yang sanggup mendengar.
Menurut Abbe Hae, pengalaman tersebut memberikan kepuasan yang sukar digambarkan.
“Bila kita melihat sendiri kehidupan mereka, kita rasa satu ketenangan yang tak dapat digambarkan. Kalau kita tak buat, kita tak akan tahu nikmatnya membantu orang.”
Kini, nama Abbe Hae cukup sinonim dengan pelbagai misi kebajikan yang memberi manfaat kepada golongan kurang bernasib baik.
Bagi Mohd Yusof Mohd Noor atau Abang Minyak Hitam, media sosial menjadi platform untuk menyebarkan nilai kemanusiaan.
Melalui video-video yang dihasilkannya, beliau mengajak masyarakat membantu insan memerlukan tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang.
Sikap pemurah dan komitmennya dalam menyantuni masyarakat menjadikan beliau antara aktivis sosial yang cukup dihormati.
Namanya semakin dikenali selepas kisah beliau membantu seorang lelaki berbangsa Cina dikenali sebagai Dicky tular di media sosial dan menyentuh hati ramai rakyat Malaysia.
Walaupun menerima perhatian yang besar, Mohd Yusof mengakui beliau tidak pernah mengharapkan sebarang pengiktirafan.
“Saya tak pernah terfikir video yang saya hasilkan untuk mengajak orang berbuat baik akhirnya membawa kepada penghargaan seperti ini.”
Baginya, penghargaan sebenar ialah apabila lebih ramai masyarakat memilih untuk saling membantu antara satu sama lain.
Pemilihan ketiga-tiga penerima Anugerah Khas Inspirasi Bapa ini membawa satu mesej yang cukup jelas.
Gelaran sebagai seorang bapa bukan hanya diukur melalui hubungan darah atau tanggungjawab terhadap keluarga sendiri.
Sebaliknya, ia turut terserlah melalui kasih sayang, keikhlasan dan kesanggupan berkorban demi mengubah kehidupan orang lain.
Mohd Adli memperjuangkan masa depan anak-anak autisme. Abbe Hae memilih untuk menjadi tempat bergantung buat mereka yang terpinggir. Abang Minyak Hitam pula menggunakan pengaruhnya bagi mengajak masyarakat melakukan kebaikan.
Mereka mungkin hadir dengan kisah yang berbeza, namun matlamatnya sama, iaitu meninggalkan dunia ini dalam keadaan yang sedikit lebih baik daripada ketika mereka mula melangkah.
Dalam dunia yang sering dipenuhi berita negatif, kisah tiga bapa ini mengingatkan kita bahawa nilai kebapaan tidak terhad kepada sebuah institusi keluarga. Ia juga boleh menjadi inspirasi yang mengubah kehidupan seluruh masyarakat.
Ketika namanya sedang melonjak naik dalam industri seni, beliau menggalas tanggungjawab besar.
Pada usia 20 tahun, ketika teman lain masih mencari hala tuju hidup Datin Seri Umie Aida sudah pun bergelar ibu kepada dua anak angkat yang hadir dalam hidupnya.
Masa berlalu dan kini anak angkat tersebut sudahpun dewasa malah telah pun berjaya menamatkan pengajiannya di institusi pengajian tinggi.
Umie berkongsi perkara tersebut dalam akaun intagram miliknya bila Mohd Daniel Firdaus, 24, menerima Ijazah Pengurusan Pengurusan dalam majlis Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) ke-12, baru-baru ini.
Bagi yang sedang berusaha untuk kurangkan berat badan tapi mahu makan sedap boleh amalkan sup kurus yang dikongsi oleh Khairuzetti Zaini
Mengamalkannya hampir 13 tahun, inilah rahsia beliau kekal langsing, dengan berat badan 45KG walaupun anak sudah 4 orang, pada usia bakal masuk 40 tahun.
Macam mana nak sediakan sup kurus ini? Jom ikut perkongsian Khairuzetti!
Sup sayur cendawan ni antara resepi SUP KURUS yang ZT amalkan hampir 13 tahun. Lama kan? Ni je rahsianya nak slim pada umur nak cecah 40-an tahun depan.
Rahsianya sup sayur cendawan yang dibuat 3-4 kali seminggu. Boleh mix dengan sayur sawi jepun. Jom slim macam zaman dulu-dulu( berat badan maintain 45kg, anak 4 & umur 39) Selamat memasak uols…
4. Kemudian masukkan cendawan tiram. Masak sehingga cendawan lembut dan masukkan sawi. Terus tutup api. Sawi akan masak layu sendiri dgn haba masakan tadi.
5. Bila sudah suam masukkan gula perang & garam bukit.
Khairul Aming meminta penjelasan daripada Maxis selepas maklumat bil telefon peribadinya didakwa didedahkan di media sosial, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan data pelanggan.