DIY Baja Buah Supaya Pokok Berbuah Lebat & Sihat. Cuma Guna 3 Sisa Dapur Ini Saja

Share

Kalau di rumah ada tanam pokok buah tapi tak nak berbunga dan berbuah, mungkin tiba masa untuk kita buat sendiri baja buah.

Memang boleh beli tapi kalau nak jimat buat sendiri sebab, bahan-bahannya adalah sisa dapur yang memang kita buang. Guna tiga bahan ini saja.

Cara buat baja buah organik cecair yang sangat mudah

Boleh gunakan bahan dari dapur sebagai bahan utama baja cecair yang baik untuk buah.

Bahan diperlukan:

Gula merah (1 kg) (dicairkan dengan 200 mL air)
Kulit pisang (700g)
Kulit udang (belum dimasak) (200g)
Kulit telur (100g)
Bekas besar
Botol plastik 1.5 L

Cara-cara:

1. Kisar kulit pisang, udang dan telur.

2. Campurkan segala bahan di dalam bekas dan gaul rata.

2. Setelah itu masukkan ke dalam botol 1.5 L.

3. Tutup dengan kain kasar agar tiada serangga masuk. Penggunaan kain agar berlaku proses pengudaraan untuk mikrob bekerja.

4. Peram selama 15 – 20 hari ( seminggu pun boleh guna dah)

5. Setelah itu, tapis cecair hasil peraman.

Penggunaan

  • Campurkan baja cecair bersama air dengan nisbah 1:20 (baja cecair: air). Contohnya 10 mL baja dengan 200 mL air.
  • Sembur pada daun pokok untuk kesan maksimum. Tidak kisah waktu semburan. Jika hujan selepas itu, boleh lakukan semburan kembali.

Kelebihan baja buah ini kepada tumbuhan:

  • Kulit pisang membekalkan kalium (K) sesuai untuk pembuahan.
  • Kulit udang membekalkan unsur surih (TE) sesuai untuk tumbesaran.
  • Kulit telur membekalkan kalsium (Ca), fosforus (P) sesuai untuk pertumbuhan batang dan buah pokok.

Sumber: Seri Kundasang

 

IKLAN