DIY Bajet Untuk Cantikkan Pintu Rumah. 3 Pintu Baru RM100

Share

 

Ruang dalam rumah dah elok dihias tapi kita selalu lupa bahagian pintu. Sejak beli dan duduk dalam rumah sendiri biasanya pintu rumah jarang kita tukar.

Tapi kalau sampai satu masa kita pun dah rasa Kalau dah mula rasa pintu lama perlu dimakeover supaya nampak lebih cantik dan ikut deko ruang boleh guna ide daripada Shaifuddin Shaffie

ini.

Simple saja, sesuai kalau nak pintu cantik tak bajet tak banyak.

Barang yang diperlukan

Kayu moulding (beli di Shopee)

Gam kayu (beli di Shopee RM60++)

Ukuran frame


-Atas 2 x 2 kaki
-Tengah 2 x 1 kaki
-Bawah 2 x 2 kaki.

Cat – guna easy colour exclusive, code Q31 RM33 1 liter.

Kos sekali cat RM100 untuk 3 pintu.

Sebelum

Ukur  dan potong kayu ikut ukuran. Kemudian lekat guna gam kayu. Salotape supaya frame kekal pada kedudukannya. Biarkan dulu supaya gam melekat sepenuh.

Kemudian bolehlah dicat ikut warna pilihan. Dah cantik!

Boleh juga buat frame begini

Foto: Hsiraf Nieyool

Sumber : Shaifuddin Shaffie

IKLAN