DIY Buat Stiker Untuk Balang Bahan Masakan. Dapur Nampak Tersusun, Bahan Pun Senang Nak Cari

Share

 

Bagi yang suka memasak, keperluan dapur dah tentulah banyak. Tepung yang ada banyak jenis contohnya bila dah masuk dalam bekas atau balang mulalah kita keliru.

Sebab itulah ramai suri rumah suka buat label untuk barang-barang dapur. Selain senang cari, nampak kemas, cantik malah boleh jadi sebahagian dari dekorasi dapur.

Memang ada saja label ini dijual di kedai tapi ia agak terhad, berbanding kalau kita buat sendiri. Boleh cetak apa saja label bahan yang kita perlu dan mahu. Nama label boleh ikut cita rasa sendiri.

Kalau nak cuba buat sendiri bolehlah ikut perkongsian Azian Imran melalui Kelab Kaki Deko.

DIY label pantri

1. Cetak label yang dikehendaki. Boleh guna Microsoft Word, Excel asalkan print. Saya guna font Certhas 36.

2. Tape yang saya gunakan. Potong dan lekatkan atas tulisan yg dah dicetak.

3. Cam ni ya.

4. Kemudian gosok-gosokkan tulisan tu. Tujuannya supaya tulisan yang dicetak itu nanti akan lekat pada pelekat itu pulak. Guna belakang sudu, kad kredit pun boleh.

5. Seterusnya gunting ikut saiz yg kita suka.

6. Ok, yang ni penting. Selepas gunting tulisan, rendam dalam air suam ya. Sekurang-kurangnya 1 minit 40 saat. Set timer kat telefon kita. Saya buat 2 minit.Selepas itu label akan bergulung. Ini tanda macam nak jadilah tu. Ok next.

7. Gosok-gosok manja label tadi. Gosok dalam air ya. Kertas yang dah lembut bila digosok akan tertanggal dan tinggalkan ink atau dakwat yang kita print tadi. Inilah sebabnya step gosok-gosok tu penting. Gosok tak betul dia tak lekat.

8. Selepas itu label yang basah-basah tak payah lap atau biar kering. Terus je tampal kat balang atau mana yang nak dilabelkan. Boleh adjust dulu kemudian biar label itu kering sendiri dan lekat sendiri. Ok siap!

Senangkan! Selamat mencuba!

Sumber: Azian Imran

IKLAN