DIY Cantikkan Semula Almari Dapur Lama, Terus Nampak Mahal!

Share

Kebanyakan rumah kalau tiada kabinet di bahagian dapur, almari macam ni mesti ada untuk letak dapur masak.

Bila dah lama guna keadaannya mungkin dah tak berapa nak cantik, pemegang pun ada yang tercabut walaupun keadaannya masih kukuh lagi.

Kalau rasa sayang nak buang boleh cantikkan semula atau makeover ikut idea yang dikongsi oleh Mohd Azrul ini. Terus nampak macam baru dan mahal.

Idea cantikkan almari dapur kalau sayang nak buang

Nak buang sayang, jadi kita ubah bagi dia ‘hensem’!

1. Saya beli kayu shiplap MDF saiz 2 incho di Shoppee. Klik SINI untuk beli.

2. Potong ikut saiz pintu almari kemudian gam pada pintu. Guna gam ini.

3. Bila gam dah kuat, gosok dulu kabinet guna kertas pasir sebelum cat.

4. Ini cat yang yang digunakan, jenis matte.

5. Kemudian pasang pemegang beli di Mr DIY dan spray warna gold.

Hasilnya…hensem kan!

Selamat mencuba

Sumber: Mohd Azrul

IKLAN