DIY Facemask Extender Untuk Wanita Bertudung, Tak Perlu Beli Sebab Senang Sangat Buatnya

Share

 

Sekarang ini antara perkara yang wajib kita pakai bila keluar rumah adalah facemask.

Tapi bagi wanita bertudung, kebanyakan facemask yang dijual di pasaran adalah jenis talinya selit di telinga yang menyukarkan kita mengenakannya.

Nak cari facemask tali ikat belakang memang susah. Salah satu alternatif boleh dibuat adalah ikat pakai reben atau tali cuma nampak tak cantik pulak.

Untuk memudahkan sekarang ada pula dijual facemask extender. Tapi kan  sebenarnya boleh saja kita buat sendiri sebab nak membuatnya senang sangat.

Boleh ikut perkongsian dari Aida Azman.

Bahan yang diperlukan:

Kain/getah
Butang

Cara membuat:

  • Potong kain getah ikut ukuran yang sesuai
  • Jahit butang di kedua hujung. Siap


Macam-macam stail boleh buat



Tak perlulah guna riben atau tali untuk ikat bila kena guna mask jenis selit di telinga.

Sumber: Aida Azman

IKLAN