DIY ‘Grand Mirror’ Bajet Untuk Cantikkan Dinding Kosong. Modal RM150 Saja

Share

 

Waktu PKP ini bolehlah ambil kesempatan masa yang ada untuk baiki atau hias kediaman. Ya lah dah duduk rumah sentiasa, elok sangat buat kediaman cantik-cantik. Senang dan tenang bila dalam rumah sendiri.

Antara yang boleh dilakukan adalah mencantikkan dinding kosong di rumah. Boleh buat grand miror macam kediaman Shamsul Dekcik

ini. Nama saja grand tapi modal tak banyak pun dalam RM150 saja.

Jika nak guna idea ini di rumah sendiri, boleh ikut perkongsian dari beliau.

DIY grand mirror, modal RM150 saja

1. Kayu beli di kedai hardware, harga RM0.30 sekaki, total 80 kaki. Makanya kos kayu RM24 sahaja. Guna kertas pasir untuk licinkan sikit permukaan kayu.

2. Tampal kayu pada dinding, boleh buat 1 kotak bersaiz 2×2 kaki. Setelah gam kering, boleh cat ikut warna kesukaan. Gam kayu boleh dibeli di Shopee. Hanya pakai 2 botol saja untuk gam kayu & cermin.

3. Cermin beli di kedai DIY harga RM5.30/pcs. Bingkai warna hitam tapi saya cat warna putih. Boleh juga tempah cermin di kedai cermin dgn harga rm15/pcs atau pakai mirror diamond. Ikut bajet anda.

Tada… Dah siap grand mirror.

Selamat mencuba!

Sumber: Shamsul Dekcik

 

IKLAN