DIY Mudah Pasang Exhaust Fan Tanpa Tebuk Dinding & Buat Wiring. Setel Masalah Bilik Panas

Share

Cuaca sekarang memang selalu panas malah ada masa membahang. Bagi ruang dalam rumah yang tiada aircon memang terasa hangatnya.

Salah satu cara untuk mengurangkan bahang dalam bilik atau ruang akibat cuaca panas ini adalah pemasangan exhaust fan. Ia berkesan akan menarik haba panas keluar dari ruang.

Cuma nak pasang alat ini ada yang fikir kena tebuk dinding dan buat wiring bagai. Sebenarnya tak semestinya. Memang lagi elok begitu, tapi bagi yang menyewa rumah atau bilik ada tuan rumah yang tak membenarkan penyewa berbuat demikian.

Sebagai alternatif, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Jay Khor ini yang menunjukkan cara memasang exhaust fan dalam bilik tanpa perlu tebuk lubang atau buat wiring.

Cara pasang exhaust fan tanpa perlu tebuk dinding

Caranya hanya perlu sangkut saja alat ini pada jeriji besi tingkap. Berikut adalah langkah DIY yang boleh kita buat;

1. Mula-mula terbalikkan exhaust fan, buang kepingan bahagian belakang. Jangan bimbang ia tak menjejaskan fungsi.

2. Seterusnya buka cover bahagian depan.

3. Perhatikan ada lubang kecil di situ, masukkan cable tie di situ.

4. Tentukan lokasi tingkap untuk diletakkan exhaust fan dan ikat cable tie di situ. Ikat ikut cita rasa tapi pastikan kemas.

5. Dah sangkut elok, tutup exhaust fan dengan cover.

6. Dah siap! Senangkan. On suis untuk keluarkan haba panas. Boleh pasang extension jika wayar tak cukup panjang. Kalau tingkap pasang langsir, pasangkan jaring.

Selamat mencuba.

Kalau nak beli exhaust fan macam ni boleh klik SINI

Sumber: Tik Tok  Jay Khor

IKLAN