DIY Mudah Pasang Rumput Tiruan, Beli Online Pasang Sendiri Saja

Share

Laman tak besar, nak bercucuk tanam tak minat, sudahnya dibiarkan sampai tumbuh lalang. Dah buang tumbuh lagi. Ramai yang macam ni.

Satu alternatif untuk elak kita buang masa dan tenaga cabut rumput atau lalang, adalah  pasang rumput tiruan. Laman jadi cantik menghijau macam semula jadi dan ia boleh dilakukan sendiri.  Caranya dikongsi oleh Shukor Linda

.

DIY pasang rumput tiruan

Projek PKP, DIY pasang rumput tiruan. Boleh jimatkan kos, cara pemasangan tengok Youtube. Seeloknya ukur dulu keluasan tanam sebelum beli rumput.

1) Beli rumput tiruan -1 gulung saiz 2m x 25m ikut keluasan tanah. Klik SINI untuk beli.

2) Buang rumput dulu dan buang sedikit tanah merah.

3) Letak plastik hitam/pelapik bumi (beli di Shopee, klik SINI untuk beli). Tujuan letak plastik hitam ini adalah untuk elak rumput tumbuh selepas rumput tiruan diletakkan.

4) Letak pasir dan ratakan.

5) Ini laman selepas pasir yang telah diratakan.

6) Letakkan gulungan rumput yang dibeli dan ratakan.

Inilah hasilnya lepas sahaja letak rumput, letakkan gam rumput di bawah agar ia tidak akan tercabut. Ia akan melekat dengan kuat. 

Selamat mencuba.

Sumber: Shukor Linda via Kelab Kaki Deko

 

 

IKLAN