DIY Mudah Pintu Tutup Bawah Table Top. Guna Plywood, Rail & Gam Saja! Tak Perlu Drill

Share

Tak semua rumah ada kabinet dapur siap pintu. Ada saja yang hanya ada table top manakala ruang bawah terlopong. Nampak semua barang yang disimpan.

Kalau tak susun elok-elok boleh kelihatan serabut. Selalunya untuk jimat ramai akan buat langsir guna velcro tape dan macam-macam lagi.

Satu lagi yang boleh dicuba adalah buat sendiri saja pintu bawah table top ini. Modal pun tak banyak tak sampai RM100.

Idea ini dikongsi oleh Sanggar Bayu yang berdepan masalah langsir penutup table top yang asyik tercabut sebelum ini.

Sebagai penyelesaian dia mendapat idea membuat sendiri pintu slidding mudah bagi menutup ruang bawah table top. Tak perlu guna drill atau paku. Hanya pakai gam khusus saja. Boleh ikut perkongsian beliau ya.

DIY mudah pintu tutup ruang bawah table top

  1. Barang yang digunakan adalah rail aluminium – boleh beli di kedai aluminium. Ukur siap-siap, beli total dalam 14 kaki RM35. Boleh minta potong sekali.

2. Playwood ukuran 6 mm – beli di hardware. Ukur dulu dan boleh potong sekali.

3. Gam – beli jenis ini.

4. Gamkan rail aluminum sebagai asas pintu slidding. Rail aluminium ini buat bahagian atas dan bawah. Gam dan sendal sampai kering lebih kurang 4-5 jam.

5. Kemudian baru baru masukkan plywood, boleh terus tampal wall paper. Ukuran plywood ini ngam-ngam dengan rail aluminium.

7. Letak pemegang pintu, dan sebaiknya buat lubang angin supaya ruang bertutup tak lembap dan berkulat. Pemegang pintu dan wallpaper beli di kedai Eco RM2. Total modal tak habis pun RM100.

Selamat mencuba!

Sumber: Sanggar Bayu

 

IKLAN