DIY Pewangi Rumah Bajet Guna Sabun Buku, Mudah Buat & Harum Semerbak Baunya

Share

Kediaman yang kemas akan lebih tenang dan selesa jika berbau harum semerbak. Lebih damai rasanya. Kita pun tak perlu nak keluarkan modal yang banyak untuk memastikan kediaman wangi.

Pewangi kediaman ini boleh kita buat sendiri saja menggunakan sabun mandi buku bersama bahan lain yang sememangnya sudah ada di rumah. Lebih jimat tapi hasilnya harum semerbak. Caranya dikongsi oleh Sayurbox

, bagi yang nak DIY ikut saja panduan ini.

DIY pewangi rumah bajet guna sabun buku

Bahan-bahan

Sabun mandi buku
Pewangi pakaian
Sedikit cuka
Air

Cara membuat:

1. Sagat sebuku sabun mandi hingga habis.

2. Dalam satu bekas lain satukan air dan pewangi pakaian dan satu bekas. Letak sekali beberapa titis cuka makan.

3. Kemudian tuang sabun mandi yang disagat tadi ke dalam bekas berisi bancuhan tadi. Gaul sabun disagat tadi hingga menjadi kental.

4. Jika mahu lebih wangi, tambah pewangi pakaian. Kemudian kacau hingga sebati.

5. Sediakan plastik, kemudian masukkan bancuhan sabun tadi ke dalamnya dan ikat.

6. Menggunakan garpu cucuk plastik untuk membuat lubang supaya wangiannya keluar.

7. Plastik ini bolehlah digantung, lebih elok di tepi tingkat atau kipas supaya harumannya memenuhi ruang.

Siap pewangi rumah bajet.

Selamat mencuba.

Sumber: Sayurbox

IKLAN