DIY Playhouse Untuk Anak. Nak Beli Mahal, Buat Sendiri Lagi Murah

Share

Asyik terperap dalam rumah anak-anak tak dinafikan kebosanan. Memang kesian. Sekiranya ada bajet, dan ruang di kawasan rumah idea playhouse ini sedikit sebanyak boleh juga memberi kecerian untuk anak. Jadi ruang untuk mereka bermain dengan selamat dalam kawasan rumah.

Menariknya playhouse ini juga boleh kita DIY. Boleh rujuk perkongsian dari pada Sadiqin Sulong.

Step by step buat playhouse untuk anak

Anak-anak request nak playhouse, nak beli yang dah siap mahal. Cuba buat sendiri lebih murah sambil-sambil asah skil bertukang.

Saya kongsikan semula step by step saya buat playhouse ini di ruang setiap gambar.
Kita semua boleh buat, cantik tak cantik tak penting di mata anak-anak. Anak-anak dapat tempat untuk bermain petang-petang pun dah cukup gembira.

1.Buat rangka dengan kayu 2×2. Lebar 4 kaki, panjang 6.5 kaki dan tinggi 5 kaki.

2. Pasang plywood 18mm dan buat tangga. Guna kayu palet buat tutup bahagian atas dinding.

3. Undercoat bahagian yang perlu cat untuk memudahkan urusan cat dan hasil yang lebih kemas.

4. Pasang shera plank hasil lebihan buat stor kat belakang. Overlap 20mm antara dua keping shera.

5. Cat semua bahagian dan siap sedia untuk pasang atap.

6. Susun atap genting dan lapik bata untuk jaga kaki tiang. Last minit tambah lebihan shera plank acah-acah papan manis. Alhamdulillah dah siap satu playhouse. (Boleh klik SINI

untuk link shera plank)

Playhouse ini boleh tampung berat 2 orang tua & 2 kanak-kanak. Lepas lagi kalau mak atau bapa nak join sekali.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Sadiqin Sulong.

IKLAN