DIY Pokok Hiasan Cantikkan Ruang. Buat Sendiri, Modal Cuma RM24!

Share

 

Kalangan kaum wanita yang meminati dekorasi kediaman pokok hiasan Banana Plant, Fiddle Fig dan Monstera memang sedang jadi kegilaan

Tak dapat dinafikan kehadirannya mencantikkan ruang sebab itu ramai yang sanggup membelinya walaupun harganya mencecah lebih RM200 mengikut ketinggian.

Bagi yang berduit mungkin boleh beli tapi buat yang ada kekangan kewangan jangan risau ada cara untuk memilikinya.

Rupanya mungkin sedikit berbeza tapi pokok viral ini tetap boleh anda miliki dengan bajet serendah RM24. Ya betul!

Caranya dengan menghasilkannya sendiri menggunakan bahan-bahan yang lebih murah seperti dikongsi oleh Fadilah Ariffin ini.

Total kos RM24.30

Assalammualaikum. Saya kongsikan barang-barang yang digunakan dan tutorial untuk DIY pokok viral ni. Tapi kali ni saya guna daun Monstera.
Total Kos RM24.30

Bahan-bahan

Daun ECO (1 paket ada 4pcs) 6 paket X RM2.10

Rumput ECO RM2.10

Rotan Kedai Alat Tulis RM1.50. Kalau tak jumpa rotan, boleh cari batang ni di My One Shop – RM4.50 seikat, ada dalam 10 batang.

Pasu ECO RM2.10

Span Bunga My One Shop RM1.50 X 2 = RM3.00

Dawai Bunga RM1.00 (ada 28)

Tape bunga RM2.00 (ada 2 roll). Guna 1 roll je

Langkah demi langkah

1. Pertama, bengkok kan batang daun macam ni

2. Ikat batang daun pada rotan

3. Ikat jangan selari, biar berselang tinggi rendah

4. Saya masukkan batu sikit dalam pasu supaya pasu berat.
Potong rumput ikut permukaan pasu.

5. Lilit tape bunga supaya dawai tadi terselindung dan nampak kemas, ni gambar sebelum siap nampak serabut. Gambar dah siap lupa nak tangkap.

6. SIAP

Macam mana? Senangkan, bolehlah buat untuk hias rumah sempena raya ni.

Sumber: Fadilah Ariffin

 

 

IKLAN