DIY Rak TV Bajet Dari PVC, Sekali Pandang Macam Rak Ikea

Share

 

Kalau hias rumah memang pakai modal yang besar. Boleh nak murah tapi kena buat sendiri. Salah satu yang senang dan boleh dihasilkan adalah rak tv.

Kalau nak lagi bajet boleh ikut perkongsian yang menggunakan paip PVC untuk menghasilkan rak tv di rumahnya.

Bermodal lebih kurang RM60, rak tv yang dibina menggunakan pvc ini kukuh dan sekali pandang macam rak yang dibeli di Ikea.

Macam mana nak buat, boleh ikut perkongsian dari محمد اكمال اذىذى

Projek rak tv

Beli yg elok duit tak ramai. Jadilah projek asal bole letak tv.

Material yang diperlukan:

• PVC class 7
• Join 3way & 4way (beli di Shopee)


• Aerosol spray flat black
• Rubber wood

1. Rancang dulu rak yang hendak dihasilkan. Berapa tingkat dan panjang. Potong kayu, pvc ikut saiz rak. Ambil kira juga beban yang hendak diletakkan.

2. Sambungkan PVC menggunakan joint.

Ini joint yang digunakan

3. Screw kayu yang hendak dijadikan rak pada pvc supaya kukuh. Boleh juga guna L bracket untuk lebih kemas.

Hasilnya.

Info kos

  • Paip class 7 modal dalam RM19x3 batang.
  • Cat RM20
  • Joint RM20
  • Kayu saya beli 3’x6′ RM130. Saya beli sekeping nak pakai baru potong. Kos kayu yg diguna dalam RM30

Selamat mencuba!

Sumber: محمد اكمال اذىذى

IKLAN