DIY Sarung Kusyen Tanpa Jahit. Gunting, Ikat Dah Siap!

Share

 

Nak tukar sarung kusyen tapi  corak yang ada kita tak berkenan. Kalau berkenan pula, saiznya pula tak sama. Ada saja masalahnya.

Sudahnya kita buat sendiri sajalah. Takde masalah pun kalau tiada mesin jahit sebab ada saja teknik yang boleh dilakukan untuk menghasilkan sarung kusyen tanpa jahit.

Macam yang dikongsi oleh Nurul Azira ini. Memang senang! Menurutnya dia membuatnya sendiri memandangkan sukar untuk mencari sarung kusyen jenis ini yang mengikut citarasanya.

Alternatifnya buat sendiri walaupun tanpa mesin jahit menggunakan kaedah gunting dan ikat!

Barang yang diperlukan

  • Kain jenis lycra
  • Gunting

Cara membuat:

1. Ini warna pilihan yang sukar dicari hingga memaksa ‘menDIY’ sarung kusyen.  Terlebih dahulu lipat dua kain sebelum mengukur.

2. Ukur kain mengikut saiz sarung kusyen.

3. Gunting mengikut ukuran, pastikan bahagian hujung dilebihkan untuk proses ikatan.


4. Di bahagian hujung, buat jalur dan gunting.

5. Tutup kusyen dengan kain yang siap diukur tadi.

6. Sekarang proses mengikat. Ikat simpul, pastikan ikatannya kukuh.

7. Inilah rupanya kusyen yang dah siap diikat.

8. Inilah hasilnya. Dah siap sarung kusyen baru ikut citarasa.

Kaedah ini juga sesuai untuk buat sarung bantal hiasan sofa / throw cushion ataupun sarung tilam. Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Azira

 

IKLAN