Kebanyakan kita bercucuk tanam di rumah sekadar untuk makan sendiri dan memudahkan keperluan masak.
Tapi walaupun tak banyak tetap ada cabarannya. Dahlah pokok sayur sikit kena pulak serangan perosak. Habis daun sayur dan pokok dimakan belalang, serangga, siput atau ulat.
Memang geram dan kecewa dibuatnya. Tambah lagi musim hujan lagi banyak yang datang. Jadi macam mana nak elak dari ulat dan seranggan perosak ini makan daun pokok sayur kita. Ha…Boleh guna semburan racun organik seperti yang dikongsi oleh Ungku Hazwani.
Cara halau belalang/ serangga/ ulat/ siput dari makan daun pokok
Ada beberapa kawan yang tanya Miss Wanie, macam mana nak halau belalang/ulat dari makan daun/pokok kita? Ada cara organik tak?
Ads
Lagi-lagi musim hujan ni, ramailah ‘kengkawan serangga’ datang singgah kan
Saya share spray racun organik yang saya gunakan untuk semua pokok-pokok yang ada untuk dijual pada customer.
Antara bahan yang digunakan untuk buat racun organik ini adalah cili padi merah atau serbuk cili bersama bawang putih
Ads
DIY spray racun organik
Bahan yang diperlukan:
-1L-1.2L Air
-1 sudu besar serbuk cili/cili padi merah
-¼ sudu besar sabun cecair pencuci pinggan
-¼ sudu besar minyak masak
-4 biji bawang putih (tumbuk halus)
Penyediaan dan cara penggunaan
Ads
1. Campur ke semua bahan & tapis.
2. Masukkan dalam botol spray.
3. Boleh spray pada daun pokok sayur atau pokok lain seminggu sekali.
Kalau nampak daun tu sedap sangat kena makan dengan belalang/serangga, spray seminggu 2 kali.
Lagi satu, air rendaman bawang & kulit bawang pun boleh digunakan untuk spray daun yang dimakan ulat. Jangan dibuang. Serangga tak memang tak suka. Mudah kan?
Kena letak kereta bawah panas terik, kemudian bila nak masuk dia punya panas memang bahang! Ini situasi biasa yang kita hadapi setiap hari bila masuk kereta tengah hari.
Tapi ada cara untuk kita kurangkan bahang bila meletak kenderaan di bawah panas terik. Memang ada tersedia dalam kereta cuma kita saja tak gunakannya. Caranya buka flap air cond bila parking tengah panas.
Tip kurangkan bahang dalam kereta bila parking bawah panas terik
1. Tutup flap aircond bila memandu
Flap aircond ditutup sewaktu memandu untuk kekal sejuk (rujuk gambar atas).
Sewaktu memandu pastikan tutup flap aircond kereta. Ini berfungsi agar pengudaraan kereta beredar di dalam kereta sahaja dan menghasilkan udara yang sejuk dan nyaman sepanjang pemanduan.
2. Tapi bila parking kereta pastikan flap aircond dibuka
Sewaktu parking di tempat panas, tidak berbumbung buka flap aircond (seperti gambar di bawah), jangan tutup.
Biarkan terbuka agar udara panas tidak terperap dalam kereta. Ini bertujuan agar udara keluar masuk dan mengekalkan kereta kurang panas.
Tidak perlu nak turunkan cermin kereta untuk ventilation. Bahaya kalau orang cungkil melalui cermin untuk curi kereta kan?
3. Buka flap air cond seketika lepas masuk kereta
Lagi satu bila dah masuk dalam kereta yang di parking bawah panas terik jangan terus tutup flap air cond, sebaliknya biarkan seketika. Kemudian barulah ditutup.
Biarkan angin luar masuk dalam kereta untuk kurangkan panas. Fungsi ini akan bantu turunkan suhu dalaman kereta dengan gantikan dengan angin baru. Bila dah kabin kereta dah mula sejuk, barulah tutup flap aircond untuk fungsi ‘kitaran dalam’.
Ini akan bantu sistem air-con anda berfungsi dengan lebih baik kerana hanya perlu menyejukkan angin yang separa sejuk berbanding angin luar yang panas. Secara langsung dapat mengurangkan pengguna bahan api.
Setiap dari kita mendambakan suasana rumah yang tenang supaya bila pulang dari kerja yang penat dapatlah berehat. Tapi malangnya sampai di rumah tetap juga rasa serabut fikiran.
Salah satu puncanya mungkin kerana persekitaran dalam rumah yang ada banyak toksin dan tidak menyumbang pada kerehatan tubuh dan minda.
Biasa berlaku kebanyakan dari kita tak sedar pun sebenarnya menyimpan atau membiarkan toksin ini berada dalam rumah. Dikongsi oleh Bei Kudyn Khan lapan perkara berikut boleh jadi toksin di rumah apabila kuantitinya terlalu banyak disimpan. Ia perlu dikemas dan buang.
TOKSIN DI RUMAH IALAH
1. Objek yang tidak anda gunakan lagi.
2. Pakaian yang anda tidak suka atau sudah lama tidak digunakan
3. Benda rosak.
4. Kad dan nota lama.
5. Tumbuhan yang mati atau sakit.
6. Resit dan kertas atau majalah lama.
9. Kasut rosak atau yang tak boleh digunakan lagi.
7. Semua jenis perkara yang memanggil masa lalu.
8. Jika anda mempunyai anak, mainan yang tidak digunakan, yang tidak berfungsi atau rosak.
DENGAN MEMBERSIHKANNYA:
1. Kesihatan bertambah baik.
2. Kreativiti berkembang.
3. Hubungan menjadi lebih baik.
4. Terdapat kapasiti penaakulan yang lebih besar.
5. Mood bertambah baik.
SOALAN YANG MUNGKIN MEMBANTU KETIKA KERJA PEMBERSIHAN:
– Kenapa saya simpan?
– Adakah tentang saya hari ini?
– Apakah perasaan saya jika saya melepaskannya?
Asingkan dan klasifikasikan:
1. Untuk menderma.
2. Untuk dijual
3. Untuk menjual.
PEMBERSIHAN DALAM RUMAH DILIHAT DI LUAR RUMAH
1. Elakkan bunyi yang melampau
2. Lampu kurang kuat
3. Warna kurang tepu
4. Kurang bau kimia.
5. Kurang kenangan sedih.
6. Selesaikan projek yang belum siap.
7. Tanam tenaga positif di rumah.
TIP PEMBERSIHAN
Lakukan pembersihan dan gunakan kotak untuk mudahkan pengasingan. Mulakan dengan laci dan kabinet dan sudahkan setiap bahagian, lakukan mengikut kemampuan. Lakukan perkara berikut selepas selesai
-Buang sampah.
-Susun atur
-Kitar semula
-Hadiah
-Derma
-Jual
Setelah membersihkan kediaman dari semua toksin ini kediaman bukan saja lebih bersih tapi jima kita akan lebih tenang dan aman.
Tak fikir pulak meja boleh jadi katil. Tapi dari terbiar apa salahnya ubah suai seperti yang dilakukan oleh Mohammad Dzulsyafiq.
Tak mahu meja Jepun yang tak digunakan terbuang begitu saja, dia yang bakal menimang cahaya mata mendapat idea untuk mengubah suai menjadi katil.
Hasilnya memang elok saja kejadian katilnya. Kalau ada yang nak cuba ini perkongsian dari beliau.
Ubah suai meja jadi katil untuk anak yang bakal lahir
Meja jepun ni wife dah tak nak. Dia suruh jual. Tapi nak jual pun berapa je boleh dapat. Tapi dalam masa yg sama dia suruh extend katil sebab tak lama lagi bakal dapat anak yg baru.
Jadi kita convert je meja ni jadi platform katil single. Sebelah tu katil king. Mula-mula cabut atas dulu and letak rangka sebelah katil. Nak tengok apa yang kena modified.
Dah ambil ukuran semua. Saya extend panjang katil lebih kurang dan tambah sikit2 support mana yang perlu.
Top asal meja saya potong dan letak balik renggang-renggang supaya boleh cover panjang katil ni.
Then letak tilam single. Semua nampak ngam.
Last sekali, wife cakap nak nampak seragam. Jadi saya ambil plywood dan tampal dekat kaki katil. Then saya lekatkan laminate putih(kebetulan ada sebab beli konon nak belajar laminate kayu tapi tak sentuh-sentuh). Maka siaplah, dan ready utk kedatangan ahli keluarga yang baru.