DIY Tanam Bayam Brazil Dalam Botol Plastik. Senang Nak Alih & Petik

Share

Antara sayuran yang ramai tanam di rumah adalah bayam Brazil. Bukan saja sedap dimakan tapi cara tanamannya juga mudah.

Tak percaya boleh lihat perkongsian Puan Zainol Yunus ini. Dalam botol plastik pun jadi, cantik merimbun pulak tu. Kalau nak cuba ada step by step yang beliau kongsikan. Tanam dalam botol ini bukan saja senang nak alih, petik pun mudah.

DIY tanam bayam Brazil dalam botol plastik

Bahan-bahan

Botol Plastik
Besi Panas
Tanah Organik
Anak Benih Bayam Brazil
Marker (Untuk Tebuk Lubang Botol)

Langkah demi langkah

1. Sebelum menebuk lubang, tandakan dahulu supaya pokok lebih tersusun.

2. Botol siap ditebuk, boleh guna besi panas.

3. Bahagian bawah botol air juga perlu ditebuk untuk laluan lebihan air.

4. Masukkan tanah ke dalam botol. Tanah boleh beli di nursery, guna tanah organik, campuran cocopeat, tanah sisa sawit dan tanah biasa.

5. Dapatkan anak benih daripada batang pokok bayam. Buang daun-daun, tinggalkan tunas sahaja.

6. Sebelum cucukkan batang bayam Brazil pada botol, masukkan air supaya tanah lembap, lebih mudah nak tanam batang bayam Brazil.

7. Batang yang telah ditanam pada botol. Siap!

Dalam botol kecil macam ni pun boleh

Ini contoh yang dah lama ditanam.

Selamat mencuba!

Sumber Pn Zainol Yunus

IKLAN