Dua Tahun Lalu Hidap Kanser Tahap 4, Kini Makin Sihat Ustaz Hanafi Kongsi Tip Pemakanan Untuk Pesakit Kanser

1009

 

 

Dua tahun lalu pendakwah bebas ini disahkan menghidap kanser limfoma. Kanser Ustaz Hanafi atau Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, 44, sudah di tahap empat ketika itu.

Tapi siapa sangka hari ini dia makin sihat dan terus kuat melakukan aktiviti dakwahnya malah lebih giat daripada dulu.

Bercerita berdasarkan pengalamannya berdepan penyakit kanser, meski pun dugaan penyakit itu cukup besar namun ujar Ustaz Hanafi dia menerimanya dengan perasaan syukur.

“Bila saya disahkan mengidap kanser saya ucap syukur kepada Allah, saya sebut alhamdulillah. Kenapa? Kerana ia akan buat jiwa kita jadi lapang, hati akan jadi tenang.

“Kenapa tak sebut innalillah. Kalau sebut begitu ia baik, bagus. Tapi bagi orang-orang mukmin jiwa mereka redha. Orang ini bila diberi ujian mereka akan bersyukur.

“Syukurlah walaupun diberi sakit kanser, sebab ia mungkin jadi tiket kita ke syurga. Syukurlah walau tangan dipotong, lidah dipotong, pembedahan, radioterapi atau kemoterapi jangan lupa untuk bersyukur.

“Lagi sakit lagi sebut alhamdulillah. Insya-Allah sakit akan disembuhkan.

“Selain syukur, kita kena bersangka baik kepada Allah. Walau Allah beri penyakit kanser, jangan tinggal solat. Walau duduk terbaring di katil, solatlah, tak kisah di mana anda berada. Solat guna isyarat mata pun boleh, baca sekadar yang mampu.

“Ini kerana perkara pertama yang dihisab adalah solat. Oleh itu jangan tinggal solat walau sakit dan lemah macam mana pun,”ujarnya dalam satu perkongsian video dalam Facebook miliknya.

Tip pemakanan untuk pesakit kanser

Dalam pada itu Ustaz Hanafi melalui satu sesi ceramah yang dihadiri dengan Dr Yasmeen Farouk Mohamed beliau berkongsi tip pemakanan untuk pesakit kanser. Antaranya seperti berikut:

  • Pagi kena sarapan, jika tidak asid akan naik dalam perut dan ia akan menyebabkan toksik.
  • Minum kopi sebelum makan sebab ia bantu mengenyangkan. Sekiranya diambil lepas makan, semua khasiat sudah tidak ada lagi.
    Minum kopi awal pagi, jangan minum waktu malam.
  • Makan buah sebelum makan. Jika makan buah selepas makan, ia akan menutup salur darah dan boleh menyebabkan tersumbat.
  • Bagi mengelak risiko kanser disarankan pada waktu pagi amalkan minum air seperti lemon atau epal yang masam supaya dapat menukar asid menjadi alkali.
  •  Amalkan juga selepas makan minum satu gelas air lemon.
  • Ketika memasak bawang putih jangan dimasukkan dalam pengisar atau blender kerana khasiatnya akan hilang, hanya perlu ketuk untuk pecahkannya.
  • Nasi lemak bagus tapi pastikan ambil yang asas saja, tak digalakkan ditambah dengan lauk sotong atau kerang.
  • Jangan beri anak makan mi atau makanan segera ia antara penyebab kanser.

Ini pula tip tambahan daripada VK selepas mendengar perkongsian Dr Yasmeen dalam satu temuramah di TV IKIM

  • Cara masakan kena mudah, ikan misalnya jangan goreng sehingga garing kerana khasiatnya akan hilang,  elok distim atau gril saja.
  • Sayur lebih elok direbus tapi jangan sampai lembik untuk kekalkan kandungan zatnya.
  • Kunyit muda boleh diratah,  kerana ia mengandungi bahan anti keradangan dan mematikan ketumbuhan.
  • Ikan pilih yang kecil seperti ikan sardin, tamban, kembung. Ikan kecil tidak menarik merkuri sebagaimana ikan bersaiz besar.

Semoga perkongsian Ustaz Hanafi ini memberi manfaat buat pesakit kanser.

Sumber: Ustaz Hanafi

 

 

 

 

Tinggalkan Komen