Elak Beli ‘Used Car’ Yang Ada 6 Ciri Ini. Tanda Pernah Accident!

Share

 

Meski mahu membeli kereta baru, namun faktor bajet atau minat terhadap satu-satu kereta menyebabkan ramai yang terpaksa membeli kereta terpakai atau used car.

Tiada salahnya cuma dalam memilih kereta terpakai perlu hati-hati kerana mungkin saja kereta terpakai yang anda berkenan itu pernah mengalami kemalangan. Jika terbeli kereta sebegini dah tentu prestasi kereta tak seperti yang kita harapkan.

Jadi bagaimana kita nak tahu kereta yang dibeli pernah accident atau tidak.

Terima kasih kepada Nazz Abdullah pengendali channel kereta dalam Bahasa Melayu di Youtube dan Facebook, yang berkongsi tip untuk mengenal pasti ciri-ciri kereta sebegini.

1. Perhati bibir hood depan

Buka bonet depan, lihat bibir hood. Jika ada tanda ketukan, karat, simen ia mungkin petanda kereta tersebut pernah kemalangan di bahagian depan.

2. Kesan karat/ ketuk/ bengkok pada bar hadapan

Lihat pula bahagian bawah, perhatikan jika ada kesan karat yang tetap akan nampak walau pun disembur cat.

3. Perhatikan renggang pada bar depan

Periksa bahagian bar depan jika kelihatan renggang. Kesan ini akan jelas jika kemalangan melibatkan bahagian depan kereta.

4. Rangka pintu, ada kesan karat

Bila berlaku kemalangan di bahagian depan, rangka pintu kereta juga akan berubah atau senget. Ia akan dibetulkan dan meninggalkan kesan playar yang biasanya akan ada kesan karat.

5. Lihat bawah dashboard

Lihat bawah dashboard, wayar di bahagian tersebut akan berwarna coklat kesan lumpur.

6. Pintu bonet belakang ada kesan ketuk

Jika kemalangan melibatkan bahagian belakang kereta akan ada kesan ketukan di bahagian pintu bonet, perhati sebelah belakang untuk melihat kesan tersebut.

Untuk penerangan lanjut, boleh tonton video berikut yang dikongsi dari Channel Kereta Nazz Abdullah di Youtube

Sumber: Nazz Abdullah

IKLAN