Lepas siap masak guna kuali, ramai yang terus masukkan dalam singki dan siram dengan air sejuk sampai keluar asap sebab masih panas. Tujuannya supaya nak cepat bersihkan dan kotoran tak melekat kalau dah sejuk.

Tapi sebenarnya cara ini tak disarankan terutama kalau kita guna kuali yang mahal. Kuali yang panas perlu dibiarkan sejuk dahulu sebelum dicuci.

Menyiram atau mencurah air sejuk ke dalam kuali yang panas akan menyebabkan berlakunya thermal shock. Ia boleh merosakkan permukaan dalam kuali, termasuklah kuali berjenama.

IKLAN

Thermal shock boleh buat kuali berubah bentuk

Apa itu thermal shock? Umumnya ia adalah keadaan di mana logam mengembang ketika ia dalam keadaan panas. Sebahagian besar periuk dan kuali diperbuat daripada beberapa lapisan logam tahan karat dan mungkin memiliki beberapa lapisan enamel atau anti melekat.

Bahan tersebut akan mengembang dan menyusut pada suhu berbeza.

IKLAN

Elak Curah Air Sejuk Dalam Kuali Panas Sebelum Cuci. Ini Kesan Yang Berlaku Tanpa Kita Sedar

Apabila air sejuk tiba-tiba dicurahkan ke dalam kuali panas, ia boleh menyebabkan kuali melengkung, retak atau pecah. Sebab itu kalau kita perasan ada sesetengah kuali di rumah yang berubah bentuk.

IKLAN

Kalau nak terus cuci guna air panas

Cara terbaik untuk mengelak kerosakan ini adalah dengan membiarkan kuali sejuk dahulu sebelum dicuci. Jika ingin mencurah air ke dalamnya, gunakan air suam atau panas bagi mengelakkan kotoran melekat.

Sumber: Mstar

Selain itu:  Bila Rebus Pucuk Ubi Masuk Sekali Bahan Ini Untuk Elak Badan 'Berangin' Lepas Makan
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI