Pada hari ini, bukan sahaja suami, malah isteri juga perlu bekerja demi mencukupkan tuntutan ekonomi rumahtangga. Jadi, isteri atau suami sama-sama merasai penat lelah mencari duit. Pun begitu, tuntutan kerja mengikut sistem syif memang lebih memenatkan. Apatah lagi jika terpaksa kerja syif malam.

Seorang lelaki yang menggunakan facebook atas nama Mohd Fhais telah menceritakan mengenai isterinya yang bekerja sebagai jururawat. Status itu viral dikongsi oleh orang ramai sehingga lebih 4,000 perkongsian yang rata-rata kagum dengan sifat suami yang begitu prihatin dengan kepenatan isteri.

IKLAN

 

Isteriku Jururawat

Jururawat waktu kerjanya ada shift pagi, petang dan malam. Kerja kena datang awal kalau tidak parking susah dapat. Selalu terkejar-kejar masa, sebab itu saya tak pernah tegur bila nampak baju kotor bertimbun, malah saya akan kata biarkan baju dalam bakul tu tak payah basuh kalau tak sempat, nanti abg bawa dobi. Tak sampai 2 jam dobi dah siap kering. Jangan buang masa nak tunggu sampai sehari suntuk nak kering kalau jemur di ampaian.

Kerja nurse ni cuti tak menentu, boleh kata isnin hingga ahad tu semua hari dah pernah merasa cuti. Bertukar-tukar hari off ikut jadual. Jadi kena tunggu jadual keluar baru boleh rancang nak ke mana-mana. Nak ke mana-mana saya akan tanya dulu isteri cuti hari apa. Tak sampai hati nak pergi bersuka ria sedangkan isteri bekerja. Tunggu cuti kita sekeluarga keluar sama-sama.

Masa tidur tak menentu

Seminggu ada kena kerja 6 hari ada 7 hari. Masa tidur tak menentu, kadang tidur siang, kadang tidur malam, ada masa tidur 4-5 jam je bila pertukaran shift petang ke pagi kerana jarak rumah ke hospital ambil masa 45 minit perjalanan, itu pun kalau tak jem.

” Ibarat sekejap jadi ayam berjaga pagi, sekejap jadi kelawar berjaga malam “

 

Selain itu:  Wanita Ini Kongsi Pengalaman Diekori Awang Hitam Ketika Nak Balik Rumah. Hati-Hati Semua!

Suruh isteri rehat puas-puas

Sebab itu saya selalu suruh isteri rehatlah puas-puas, kalau ada peluang tidur tu tidurlah lama sikit. Anak-anak jangan risau abg boleh jaga. Tiada masalah setakat nak mandi anak dan tidurkan anak tu dah biasa buat.

Penat dan stress ibarat darah dan daging bagi nurse. Silih berganti, boleh nampak pada eyebag di mata yang sentiasa tembam. Ada satu malam terdengar isteri mengingau, bila di selidik rupanya terbawa-bawa rasa bersalah bila ada pesakit (bayi) jagaannya yang meninggal dunia. Sampai begitu sekali komitmen dia pada kerjayanya. Sungguh saya tak berupaya nak hilangkan semua tekanan di bahunya itu, hanya yang mampu tidak tambah lagi beban yang di tanggung. Hal remeh-remeh tu pandang sebelah mata je lah.

 

IKLAN

Saya cuba ringankan kerja isteri di rumah, tak perlu masak

Seminggu boleh di kira berapa jam sahaja isteri ada di rumah. Masa banyak habis di jalan raya dan tempat kerja. Kerja di hospital pun tak habis, tambah lagi dengan kerja rumah yang tak pernah habis. Penat tu tak terbayang. Saya cuba untuk meringankan tugasnya, tak perlu bebankan diri dengan memasak kalau penat nanti abg beli makanan. Ada masa tu rehatlah lama sikit bagi betul betul segar. Kalau badan dah segar barulah masak jadi sedap.

Kadang-kadang clash juga waktu isteri cuti saya pula kena bekerja, tinggal isteri dengan anak-anak di rumah. Bukan niat nak biar dia jaga anak seorang diri tapi terpaksa keluar bekerja. Tugas menjaga anak ni penat sebenarnya, kalau tak sabar boleh jadi baran. Sebelum keluar saya pastikan dulu keperluan fisiologi anak isteri dah tersedia, supaya kurang kebarangkalian mereka meragam. Barulah kita keluar mereka senyum, kita balik pun mereka senyum.

 

Selain itu:  Percaya Rezeki Allah Itu Luas, Setelah 16 Tahun Izwan Azir Saleh Undur Diri. Netizen Luah Rasa Sebak Tonton Ending Buletin Utama Semalam

Toleransi dan serasi bersama

Hidup kita tak pernah lurus, ada sahaja bengkang bengkoknya.

Apatah lagi pasangan suami isteri, mesti ada yang tak puas hati.

Puaskan hati pasangan kita terlebih dahulu, baru hati kita sentiasa puas.

Itulah kenapa pentingnya ada sikap TOLENRASI antara suami isteri supaya sentiasa SERASI bersama.

Semoga rakan-rakan suami jururawat dapat manfaat dari perkongsian ini.

P/s : Hadiah paling bermakna yang saya pernah bagi pada isteri ialah panduan jadi isteri/ibu yang tenang & tenteram.
Ini panduannya -> http://bit.ly/FMKEIA

 

IKLAN

Tabik la dengan abang ni. Begitu memahami kepenatan seorang isteri. Berapa ramai lagi agaknya lelaki di luar sana yang boleh faham seorang wanita? Ermmmm

Sumber: Mohd Fhais 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI