Fynn Jamal Timang Anak Angkat Kedua, Kongsi Cara ‘Breastfeed’ Walaupun Tak Melahirkan

Share

 

Sebelum ini penyanyi yang popular dengan lagu Arjuna Beta mendedahkan bakal mengambil anak angkat kedua selepas menunjukkan gambar imbasan seorang bayi awal bulan lalu dalam satu status di instagramnya.

Bayi tersebut ketika itu katanya menunggu masa untuk dilahirkan. Namun terbaru Fynn Jamal berkongsi berita gembira bila anak angkatnya yang kedua itu sudah pun selamat dilahirkan.

Fynn memberitahu perkara tersebut dalam laman instagram selain memperlihatkan beberapa keping gambar bayi perempuan yang dinamakan sebagai Sakti Kencana Fitri. Tumpang bahagia melihat penyanyi ini menerima anak angkat kedua, entri tersebut dihujani ucapan tahniah dari peminat selain memuji tindakan Fynn.

Tetap beri susu ibu bayi walau tak melahirkan

Fynn sebelum ini telahpun mempunyai seorang anak angkat iaitu Arjuna Bakti Fitri Abdullah atau dipanggil Juna.

Beliau dan suami dilihat sangat menyayangi Juna yang turut mempunyai masalah autisme malah selalu berkongsi kisah anak itu dalam instagramnya.

Satu lagi perkara menarik tentang isteri Tri Hadzir ini walaupun tidak melahirkan namun beliau tetap mengamalkan penyusuan ibu untuk anak angkat keduanya ini.

Dalam entrinya Fynn juga berkongsi beberapa tip untuk wanita yang mahu mengambil anak angkat dan menjadi ibu susuan.

Buat persediaan dua bulan sebelum bayi lahir

Ujar Fynn untuk melakukan penyusuan ibu tanpa melahirkan ini dia perlu membuat persediaan dua bulan sebelum anak angkat keduanya itu dilahirkan bagi membolehkan dia menghasilkan susu ibu.

Bagi tujuan ini katanya selain perlu menelan pil khusus, dia harus ‘mengepam’ sebagaimana ibu lain yang menyusukan bayi mereka.

Sumber: fynnjamal

IKLAN