Guna 3 Barang Saja, Balkoni Kosong Terus Jadi Tempat Nyaman Tenangkan Fikiran Sambil Minum Kopi

Share

Nak ambil angin di luar, jalan-jalan waktu penularan Covid 19 ini memang tak digalakkan.  Jadinya kita kena pandai-pandailah tenangkan fikiran, hilangkan bosan di rumah dengan cara kita sendiri.

Antara yang boleh kita lakukan adalah hias cantik balkoni supaya kita boleh duduk ambil angin dan lihat pemandangan luar bila otak dah tepu. Macam apa yang dilakukan oleh Adam Outlaw

Dengan hanya guna 3 barang semuanya dibeli secara online, balkoni kosong sebelum ini terus berubah wajah jadi tempat santai untuk berehat atau minum kopi.

Bagi yang nak cuba makeover balkoni, boleh guna idea ini.

Makeover balkoni kosong jadi tempat santai

Barang yang digunakan

  1. Ini gambar sebelum, untuk keselamatan kena buat jaring dulu.

2. Pasang flooring kayu, (untuk keluasan ini saya guna 19 keping). Cuma lekatkan saja. Kayu ini katanya tahan kulat tapi jika kena tempias sebaiknya bersihkan bahagian bawah dari air.

3. Letak batu putih

3. Pasang lampu solar. Tak perlu wiring, lekatkan saja.

Ok siap tempat santai sambil minum kopi.

 

Sumber: Adam Outlaw

IKLAN