Ruang kediaman yang sempit tidak jadi penghalang untuk seseorang itu mengubah menjadi lebih eksklusif.
Dengan sentuhan dan kreativiti tersendiri serta bajet mampu milik, boleh memberi nafas baru pada rumah diduduki.
Seperti dibuktikan oleh lelaki bujang ini yang berjaya mengubah rumah flat dua bilik menjadi lebih menarik dan selesa hanya menggunakan bajet kurang dari RM1,000.
Menurut pemiliknya Muhd Faddie atau nama sebenarnya Sufriadi Sarifi rumah ini berjaya disiapkan dekorasinya hanya dalam masa dua hingga 3 bulan sahaja.
Dia tinggal di rumah jenis flat 5 tingkat yang hanya mempunyai dua bilik. Jadi dia mendekorasi rumah dengan membeli barangan sedikit demi sedikit, termasuklah mengecat dan menghiasnya.
Kebanyakan perabot dan barang hiasan pula dibeli secara online di Carousel, Shopee dan Kaison sahaja.
Hasilnya ruang kediaman dua bilik ini menjadi sangat eksklusif dan sedap mata memandang.
Ads
Kediaman milik Muhd Faddie
Selain itu dia turut memberikan tip buat semua orang bujang di luar sana.
Menurutnya, seseorang itu kena ada disiplin untuk mendapatkan hasil rumah yang cantik dan kemas.
Tambahnya barang hiasan tidak perlu mahal asalkan tahu bagaimana mahu mencantikkan sesuatu ruang kediaman sudah memadai.
Paling penting katanya adalah kena rajin dan buang rasa malas. Ini kerana rumah juga menunjukkan keperibadian seseorang.
Pernah juga kecoh apabila orang dewasa ditegah membawa anak kecil ke masjid kerana bimbang mengganggu jemaah lain yang hendak solat. Namun, sebenarnya membawa anak kecil ke masjid mempunyai kebaikannya yang tersendiri.
Salah satunya adalah membiasakan si kecil dengan suasana solat berjemaah dan bacaan ayat suci. Walaupun anak kecil memang perangai semula jadinya suka bermain dan barangkali membuat bising, namun dalam masa yang sama anak kecil boleh dididik suka dengan rumah Allah.
Melalui video yang dimuat naik ke Instagram oleh Perunding Motivasi, Sharimi Shaharudin, seorang bapa dilihat membawa anak kecil berusia 3 tahun untuk solat di masjid. Bapa ini ada alasan tersendiri bawa anak ke masjid. Jom ikuti cerita si kecil ini.
Ya Allah aku bersyukur sangat hari ini, balik kerja lepak dengan member lama, tiba masa singgah ke Masjid Ukay Perdana, tunai Solat Maghrib. Lepas solat, menanti saja waktu Isya’. Tiba masa nak solat, aku lihat seorang ayah bawa anak kecil ini, dibisik di telinga, pesan suruh solat di belakang. Anaknya turut saja. Kami pun solat. Sedang solat kendengaran suara nyaring budak di belakang ikut bacaan al-Fatihah. Tersenyum aku.
Usai solat aku dekati budak kecik yg comel ini, adat budak suka bermain, dia terlompat seronok, adakala ikut ayahnya solat sunat. Bila orang berzikir, mulut dia ikut zikir. Allahu.
Aku nak sembang dengan ayahnya, aku dekati dan perkenalkan diri, tanya nama budak comel ini, Fattah panggilannya baru usia genap 3 tahun semalam.
Ayahnya cerita, dulu pernah bawa dia kat surau R & R, tengah solat Fattah masih bising di tepi, tapi tiba-tiba senyap. Risau ayahnya, habis solat, pandang belakang Fattah takde. Allahu, terus mencari. Kemudian, dia terdengar Fattah panggil ‘ayah’, lega. Rupanya dia ikut orang di situ. Fattah sangat mesra dengan orang. Tadi pun selamba peluk dan salam makmum lain.
Sejak dari itu ayahnya risau nak bawa ke masjid, tapi bila satu hari, si isteri suruh ayahnya bawak Fattah ke masjid, nak test. Alhamdulillah Fattah ok dan seronok. Ayahnya selalu pesan. Kalau nak ikut lagi, duduk diam-diam.
Yang si ayah sebak, 1 hari nak solat di rumah, ayahnya bentang sejadah, Fattah terus berdiri seolah nak solat, kemudian boleh baca Al-Fatihah dengan caranya sendiri. Bayangkan, dengan hanya dengar di masjid, buat anaknya boleh hafal. Fattah selalu ajak ayahnya ke masjid. Dia cakap tadi kat aku, kalau tak hujan baru boleh pergi… Comellll… Panjang lebar aku sembang dengan ayahnya. Alhamdulillah, Allah temukan aku dengan orang yang baik dan suka sharing.
Pengajarannya: -Bawalah anak ke masjid sejak usia kecil lagi. Ajar mereka solat dan cintakan masjid. -Didiklah anak dengan kasih sayang dan tegas mengikut keadaan. -Otak anak masa kecil, mudah nak belajar dan hafal. Jadi jaga mulut kita, kalau baik, dia akan ikut baik, kalau tak baik, begitulah acuannya.
Membacakan buku kepada anak sebelum tidur bukanlah rutin masyarakat kita. Tapi jika ia perkara yang baik tiada salahnya untuk kita ikut dan jadikan amalan.
Perkara ini dikongsi oleh Najmi Nawawi , motivator dan penulis yang selalu berkongsi tip tentang penjagaan anak.
Belia berkongsi rutin membacakan buku kepada anak sebelum tidur yang jadi amalannya. Rupanya ada banyak kebaikan di sebalik aktiviti ini, termasuklah merangsang otak anak jadi bijak! Ikuti perkongsian daripada beliau.
Alhamdulillah Maryam Deen dah tidur. Jadi aku pun nak berkongsi satu lagi nota ringkas dan padat malam ini. Kenapa baca buku sebelum anak tidur bagus dijadikan amalan.
Membaca dan bercerita kepada anak pastinya membantu untuk perkembangan imaginasi sihat. Kita akan membantu anak untuk berfikir dan berimaginasi dengan baik. Bantu anak berfikir jalan solusi kepada masalah yang dihadapi dan ini sebenarnya turut membuatkan kehidupannya akan lebih berwarna-warni.
Ianya ialah memori yang tenang dan pasti tidak akan dapat dilupakan. Menjadi ibu bapa pastinya kita mahu anak kita ingat bahawa kita sudah curahkan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada mereka. Saat-saat seperti inilah akan memautkan hati anak kepada kita.
Apabila kita membaca untuk mereka, kita sebenarnya sedang menanam benih-benih perkataan dan membantu untuk mereka lebih mudah untuk ingat. Lagi banyak ulang lagi bagus.
Dalam penceritaan penuh perasaan yang kita sampaikan. Pastinya akan terbit pelbagai persoalan dalam fikiran anak-anak. Lagi banyak kita membaca, lagi banyak soalan yang mereka ada. Maka lagi banyak jawapan yang akan mereka tahu dan ini buat otak mereka berkembang dengan baik.
Pastinya teknik ini secara tidak langsung akan membentuk anak untuk jadi sangat pandai dan bijak. Mereka cinta dan suka untuk membaca. Maka ketahuilah membaca ialah jambatan kepada ilmu.
Respek betul dengan Norman Hakim, Abby Abadi dan pasangan mereka. Meski pernah dilanda kontroversi tapi keduanya berjaya membuang segala yang keruh dan mampu menjernihkan keadaan hingga akhirnya dapat menikmati kemanisan hidup dalam sebuah keluarga besar.
Malah Norman dan bekas isterinya Abby boleh dianggap sebagai ibu bapa contoh kerana walaupun perkahwinan mereka berakhir tapi keduanya menjalinkan persahabatan yang erat demi anak-anak.
Buktinya semalam bertempat di IDCC Shah Alam mereka berdua bersama pasangan masing-masing bersanding serentak dalam majlis meraikan ulang tahun perkahwinan ke-6 Norman Hakim dan isteri Memey Suhaiza.
“Kami tidak sangka dapat bersanding sebagai sebuah keluarga besar hari ini. Majlis ini juga merealisasikan impian untuk berkumpul bersama-sama sebagai sebuah keluarga disertai rakan-rakan dan saudara mara,” kata Norman.
Sementara itu, Abby berkata majlis ini bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk tetapi membuktikan kepada masyarakat bahawa Islam agama yang mendamaikan.
“Syukur Alhamdulillah Allah satukan hati kami. Saya sayang Memey, Norman dan suami dan keluarga besar ini,” katanya.
Selain meraikan persandingan Norman, Memey, Abby dan suami Jaiezzany turut diadakan doa selamat bersempena khatam Quran anak sulung Norman, Mohamed Danish Hakim, 14.
Mohamed Danish bakal melanjutkan pengajian hafazan Quran ke Mekke Kuran Kursu, Isparta, di Turki, Oktober ini.
Selain Danish, Norman turut dianugerahkan dua lagi anak hasil perkahwinannya dengan bekas isteri, Abby Abadi, iaitu Marissa Dania Hakim, 12, dan Maria Danisha Hakim, 9.
Dengan isterinya sekarang, Memey Suhaiza, Norman mempunyai dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 4, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 2.
Ia juga sebahagian daripada gimik pelantikan Norman dan Memey sebagai duta syarikat katering acara perkahwinan, Mahligai Impian.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.