Selain cucur bawang, bilis atau jagung, cucur kucai juga antara yang digemari. Lagi best kalau dapat yang rangup dan banyak daun kucai.
Tapi ada juga yang tak berapa mahir nak buat cucur kucai yang sedap dan rangup ini walaupun nampak mudah saja. Bagi yang selalu buat tapi tak menjadi, kali ini boleh ikut cara yang dikongsi oleh Umi Watie.
Cucur kucai rangup di luar lembut di dalam bancuh
1. Mula-mula kita buat bahan base dulu. Bancuhan Tang Zhong kalau untuk buat roti tu. Kira nanti roti kita lembut tanpa bahan pelembut. Caranya sediakan ¼ cawan tepung gandum dan ¾ cawan air panas menggelegak.
2. Air panas tadi jangan masuk semua sekali tau. Isi sikit-sikit. Dia memang bergentel macam gini bila bubuh air panas. Kiranya kita masak tepung gandum tu.
Ads
3. Ini bila kesemua air panas dah siap bancuh dengan tepung tadi. Ini base cekodok kita.
Ads
4. Masukkan 2 cawan tepung gandum, daun kucai seikhlasnya, udang ikut kemampuan, lobak merah ikut selera, bawang merah ikut suka dan garam untuk perasa.
5. Masukkan air biasa saja dalam 1 cawan.
Ads
6. Gaulkan sebati, tada dah siap. Rehatkan 5 minit. Panaskan minyak goreng sampai kekuningan.
Stok ikan memang sentiasa ada dalam peti sejuk memandangkan ia lauk kegemaran selain ayam. Biasanya kita akan beli ikan yang segar dan selepas dibersihkan kita terus simpan dalam freezer atau bahagian sejuk beku.
Tapi masalahnya jika salah cara simpan dalam freezer ikan yang segar tadi jadi lembik bila dikeluarkan untuk dimasak. Memang frust.
Supaya stok ikan yang dibeli ini kekal segar walau disimpan lama dalam frezer beberapa lama, ini sebenarnya cara yang perlu dilakukan. Tip simpan ikan ini dikongsi oleh Normah Bahari.
1. Siang, potong dan ikan.
2. Susun ikan di dalam bekas untuk sekali masak, kemudian tuangkan air hingga menutupi ikan tersebut.
3. Tutup bekas dan simpan dalam bahagian sejuk beku.
4. Bila nak masak, keluarkan dan biarkan air cair. Kalau nak masak pagi , keluar dari malam dan bila nak masak tengah hari, keluarkan waktu pagi , Insya-Allah ikan tetap segar macam baru beli.
Berfungsi sebagai agen penaik, soda bikarbonat banyak digunakan dalam menyediakan kek, roti dan pastri.
Rasanya dalam kebanyakan rumah pasti ada soda bikarbonat atau pun dikenali juga dengan nama Baking Soda.
Tapi kegunaan soda bikarbonat ini bukan terhad untuk memasak kek, roti atau biskit saja, ia juga sangat berguna terutama sebagai bahan membersihkan kotoran di rumah.
Jadi jangan simpan untuk buat kek saja bahan ini, gunakan ia untuk membantu kita buat kerja rumah.
Soda bikarbonat boleh menjadi bahan pencuci yang efektif. Letakkan sedikit serbuk ini ke atas span atau kain basah untuk membersihkan mikrowave, peti sejuk, dan peti sejuk beku.
Selain itu ia sesuai dicampurkan dengan sabun untuk membuang kotoran gris, air teh, air kopi dan kotoran makanan pada kuali/periuk dan mencuci buah-buahan dan sayur-sayuran dan periuk.
Soda bikarbonat boleh membantu proses pencucian pakaian menjadi lebih mudah dengan melarutkannya ke dalam air atau tabur serbuk ini di atas pakaian atau di dalam mesin basuh.
Ia akan membantu melembutkan pakaian dan menyah bau pakaian. Dalam masa yang sama, ia boleh membantu membuang kotoran kuning, gris dan dakwat yang biasa ada pada bahagian tertentu pakaian seperti kolar, pergelangan tangan baju, dan pakaian dalam.
Jika pencuci dan peluntur yang digunakan belum cukup kuat untuk membersih, tingkatkan kuasanya dengan menambah soda bikarbonat semasa proses bilasan.
Ya, buat kali ketiganya, soda bikarbonat sesuai digunakan sebagai bahan pencuci tandas. Ada beberapa cara untuk mengaplikasikannya. Antaranya ialah dengan membancuhnya di dalam botol spray. Kemudian semburkan ia pada langsir mandian dan dinding untuk menyah kulat.
Boleh juga bancuh serbuk soda bikarbonat di dalam baldi yang penuh dengan air dan jirus ke dalam paip untuk menanggalkan kotoran degil dalam paip yang menyempitkan laluannya. Boleh juga menggunakannya untuk menyah kuman pada lantai tandas dan bilik air.
Anda boleh juga membersihkan barang kemas, barangan perak dan aksesori besi, pinggan mangkuk dan kristal sehingga berkilat dengan bantuan serbuk soda bikarbonat.
Selain itu ia boleh menanggalkan kesan atau kotoran krayon, dakwat dan pen dakwat kekal (permanent marker) pada pakaian dan tangan.
Soda bikarbonat juga berkuasa menghapuskan bau kurang enak dengan meneutralkan semula bau-bauan persekitaran dan barang. Letakkan sedikit serbuk ini ke atas kain basah atau tinggalkan ia di dalam cawan.
Ia boleh digunakan di dapur dengan menyah bau dan kuman pada papan pemotong, bau masakan di dapur, bau busuk daripada tong sampah dan bau tangan selepas menyiang ikan. Selain itu, ia boleh hapuskan bau kasut, bau tilam dan bau urin binatang seperti kucing dan anjing.
Masukkan serbuk soda bikarbonat dan sedikit serbuk gula halus. Gaulkan sekata. Anda boleh letak campuran ini pada laluan serangga seperti semut, dan lipas untuk menyahnya.
Banyak sungguh kegunaan soda bikarbonat ini, jadi kalau tak masak kek usah biarkan saja dalam almari gunakan untuk tujuan membersihkan kediaman pula. Tak membazir kan!
Walapun harga emas mahal sekarang tapi ramai saja yang berhajat nak membelinya. Selalunya trade in emas lama untuk dapat koleksi baru.
Bagi yang ada hasrat nak trade ini ada baiknya baca dulu perkongsian Sarinah Nayan ini tentang cara yang lebih untung untuk tambah koleksi emas tanpa trade in.
Tipnya pergi Ar Rahnu. Untuk faham bagaimana caranya boleh baca perkongsian daripada pengalaman beliau.
Sekadar perkongsian
Minggu lepas ada seorang kawan menang bid lelongan Ar Rahnu. Dia dapat 5 barang seperti dalam gambar. Total harga barang RM2,420 dan total berat semua barang tersebut adalah 14.35 gram. Semua emas 916.
Setelah dapat semua barang-barang tersebut kawan saya minta temankan dia pergi ke kedai emas. Konon nak tanya berapa harga kedai ambil. Ada 2 jenis harga yg kedai emas offer. Sebab dia ada berkenan dgn gelang trendy sekarang ni, jadi nak beli lah.
Bincang punya bincang, saya ajak kawan saya buat Ar Rahnu. Di bawah ini ada simple calculation untuk di kongsi bersama kenapa saya ajak dia utk buat Ar Rahnu.
Mutu emas : 916
Berat keseluruhan barang kemas : 14.35 gram
Harga beli semasa lelong :RM2,420
Harga semasa emas di kedai emas : RM267/gram (Limbang)
Harga semasa emas : 14.35g x RM267 = RM3,831.45
Harga trade in yg kedai emas offer : RM2,873.90 (75%)
Harga kalau ambil cash : RM2,540 (yang ini tak tahu macam mana tauke kira)
Jika buat ar rahnu : 14.35g x RM258.73 = RM3,712.77 (harga emas hari ini @ 06.07.20)
Upah simpan untuk 6 bulan = RM144.80 (RM24.13 saja sebulan)
Harga buat Ar Rahnu lagi tinggi berbanding buat trade in atau ambil duit. Jadi, buatlah Ar Rahnu,bila dapat duit pergi kedai emas dan beli lah barang kemas yang diidam-idamkan tadi.
Ar Rahnu di Agrobank boleh bayar sikit-sikit. Jadi bayar lah sikit-sikit setiap bulan ikut kemampuan. Bila dah habis bayar ambil lah balik barang-barang yg digadai tadi tu.
Jadikan emas yang kita rasa kononnya lama dan out dated sebagai modal untuk menambah simpanan emas kita. Rugi kalau trade in atau dijual.
Emas baru dapat, emas lama pun tak hilang. Begitu la cara nak tambah simpanan emas kita.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...