Ayam goreng kunyit saja tapi kalau dimasak guna teknik brine memang lain macam sedapnya. Tak salut tepung pun tapi ayam goreng akan tetap garing di luar dan lembap atau juicy di bahagian. Ayam goreng kunyit macam nilah yang kita mahu!
Cara membuat ayam goreng kunyit menggunakan teknik brine ini dikongsi oleh Mohd Haffiz Supai. Bagi yang belum mengetahui teknik brine ini ia adalah kaedah merendam ayam dengan larutan air garam sebelum digoreng untuk menjadikan rasanya lebih sedap.
Caranya
1. Ambil ayam yang hendak digoreng, dan rendam dalam air garam. Biar selama 1-2 jam, tapi sebaiknya semalaman. Simpan dalam chiller.
Ads
2. Sebelum goreng bilas dulu ayam yang direndam tadi kemudian barulah dilumur dengan garam dan kunyit. Boleh juga tambah serbuk cili jika suka.
3. Kemudian bolehlah goreng ayam seperti biasa. Sebaiknya goreng dalam minyak sampai ayam tenggelam sepenuhnya (deep fry).
Ads
Hasilnya akan dapat isi yg juicy dan berkilat. Boleh gunakan teknik brine ni untuk ayam goreng bersalut tepung jugak.
Info teknik rendam air garam (brine)
Kenapa perlu direndam dengan air garam? Ada 2 fungsi kenapa kita perlu buat;
Ads
1. Brining ayam bukan sahaja menambah kelembapan untuk ayam, menjadikannya bagus dan berisi, ia juga membantu mencegah daripada menjadi kering apabila anda memasak. Hasilnya adalah ayam yang lazat, lembap dan berair.
2. Brining bukan sahaja memberi kesan tekstur dan juiciness ayam anda, ia juga memberi kesan kepada rasa. Beberapa jam dalam air garam yang akan membiarkan garam menembusi jauh ke dalam daging ayam, meningkatkan rasa semulajadi.
Bila membersihkan lauk mentah terutama ikan dan ayam memang tak dapat lari dari bau hanyir. Kena basuh dengan sabun beberapa kali barulah bau ini hilang.
Tapi selain dari sabun ada beberapa bahan dapur yang kita boleh gunakan untuk menghilangkan bau hanyir ini dengan mudah.
Sos tomato
Ramai tak tahu selain digunakan untuk masakan boleh juga menggunakan sos tomato ini untuk hilangkan bau hanyir. Caranya cuma tuangkan sos pada tapak tangan.
Kemudian, sapu dan gosokkan sos tomato tersebut pada seluruh tapak tangan. Biarkan selama beberapa minit terlebih dahulu sebelum membilas.
Cuka dan garam
Cuka mempunyai sifat keasidan yang lebih kurang sama seperti jus lemon. Oleh itu, ia boleh digunakan untuk menghilangkan bau hanyir.
Untuk dapatkan hasil yang lebih berkesan, campurkan cuka dan garam terlebih dahulu sebelum disapu pada tangan. Biarkan selama 1 minit sebelum dibilas dengan air suam.
Serbuk kopi
Pastikan menggunakan serbuk kopi yang masih belum digunakan lagi.
Caranya mudah, sapukan dua atau tiga sudu besar serbuk kopi pada tangan dan biarkan selama beberapa minit sebelum dibilas.
Daun ketumbar
Daun yang selalu digunakan dalam masakan Thai ini juga berguna untuk hilangkan hanyir. Ambil sedikit daun ketumbar dan terus gosokkan pada pada tangan. Bilas tangan selepas bau hanyir hilang.
Botol air mineral saiz besar selalu kita guna semula untuk simpan air. Supaya mudah untuk minum atau basuh tangan menggunakan botol ini boleh buat paip auto seperti yang dikongsi oleh Jason Jezi ini.
Menggunakannya untuk memudahkan beliau basuh tangan di luar rumah, cara membuat paip auto pada botol ini mudah saja, cuma perlu guna straw, gam dan juga alat buat lubang.
1. Buat satu lubang di bahagian bawah botol dan masukkan straw.
2. Gam sekitar lubang untuk pastikan air tidak terkeluar. Tunggu gam kering.
3. Untuk menggunakannya, tutup lubang straw dan penuhkan botol dengan air. Pastikan jari sentiasa tutup lubang straw semasa mengisi air supaya air tak keluar.
4. Bila dah penuh, tutup botol air dengan penutupnya dan lepaskan jari lubang straw.
5. Buka sedikit demi sedikit penutup botol dan air akan mengalir keluar macam paip.
6. Untuk hentikan air mengalir, ketatkan saja penutup botol. Macam paip kan!
Siapa saja yang tak suka makan kentang goreng kan. Ada masa kita sanggup pergi restoren fast food untuk beli kentang goreng ini saja buat kudap-kudapan.
Kalau satu famili dah suka makan kentang goreng eloklah buat sendiri saja, lagi jimat. Buat kentang goreng frozen terus supaya senang nak makan bila-bila masa.
Nak buat zig zag macam yang selalu kita beli pun boleh. Ikut saja panduan dari Fafae Mimie. Rasanya sebijik macam frozen fries yang kita selalu beli tu.
Cara buat kentang goreng homemade, nak frozen pun boleh
1. Sediakan kentang, pilih yang bulat dan besar supaya senang nak potong.
2. Kupas kulit hiris dan potong memanjang.
3. Jika nak bentuk zig zag boleh juga guna hujung penyagat untuk potong. Saya baru tahu kegunaannya selepas search dalam resipi.
4. Didihkan air dan rebus kentang yang dipotong lebih kurang 6 minit.
5. Tapis air dan tos.
6. Kemudian gaul rata kentang yang telah ditos dengan 3-4 sudu tepung gandum bersama 1-2 sudu lada sulah.
7. Boleh terus goreng dan angkat bila kekuningan. Boleh gaul dengan secubit garam sebelum menggoreng.
8. Untuk frozen goreng separuh masak saja. Kemudian sejukkan dan masuk dalam plastik ziplock. Boleh simpan dalam freezer.