Salah satu masalah mak mak bila dah siap masak dan makan adalah mana nak simpan baki lauk pauk.
Nak masuk dalam peti lepas makan tengah hari macam tak sesuai, nanti malam nak makan lagi. Nak letak atas meja atau table top bawah tudung nampak tak kemas pulak. Makan ruang lagi, nanti nak letak barang lain juga.
Ini saji yang biasa kita guna, separuh meja makan penuh untuk letak tudung saji ni
Ads
So penyelesaiannya boleh guna tudung saji moden ini. Tudung bertingkat jadi tak guna banyak ruang. Tudung saji ni viral kalangan kaum wanita selepas dikongsi oleh Zaza Zalina.
Dibelikan oleh anak bujangnya, tudung saji moden ini bukan saja jimat ruang tapi senang untuk dikemas.
Tapi janganlah bayangkan boleh letak mangkuk besar atau pinggan makan di dalamnya. Saiznya boleh muatkan mangkuk atau piring saiz sederhana. Sesuai lah untuk letak lebihan lauk yang tak banyak atau kegunaan famili yang tak ramai, jenis makan sikit.
Bagi yang memelihara kucing akan tahu bagaimana susahnya untuk memberi makan ubat atau pil ketika anak bulus ini sakit. Kecoh satu rumah dan tak kurang juga akan ada tangan yang luka dicakar. Hairannya bila di klinik haiwan senang sungguh kucing ni telan ubat.
Sebabnya, kita tak tahu cara atau teknik yang betul . Bagi korang pelihara kucing cara yang dikongsi oleh Klinik Veterinar Chinta Qaseh Sikamat perlu dipelajari hingga mahir supaya mudah untuk dilakukan ketika kucing sakit.
1. Belai kepala dan dagu kucing.
2. Sambil itu pegang ubat di hujung jari.
3. Pegang bahagian kepala kucing dan dongakkan kepalanya.
4. Pada masa yang sama buka mulut kucing dengan tangan yang sama memegang ubat.
5. Masukkan pil dalam mulut kucing dan terus usap bawah dagunya untuk memudahkan kucing menelan ubat selain menenangkannya. Siap!
Ini bukan persiapan beli baju atau sediakan duit untuk bayar yuran yang selalu bermain dalam fikiran tapi aspek lain yang sebenarnya selalu ibu bapa lupa atau abaikan.
Contohnya macam ajar anak buka dan pakai tali pinggang, nampak remeh tapi kesannya besar juga. Menurut perkongsian guru tahun satu Mohd Fadli Salleh gara-gara tak pandai buka tali pinggang ramai murid yang terberak dalam seluar.
Lucu tapi inilah kenyataannya. Selain itu ada lagi sembilan persediaan lain yang menurutnya ibu bapa dengan anak masuk darjah satu tahun depan kena buat. Penting kerana kata cikgu ini, darjah satu tahun depan lebih mencabar.
1) Pastikan anak kenal huruf
Boleh membaca dan mengeja walau sedikit. Operasi asas nombor, tambah dan tolak bawah 10 dia dah kuasai. Silibus KSSR Semakan 2017 sangat tinggi arasnya. Murid yang masuk dengan ‘zero’, pasti ketinggalan jauh ke belakang. Silap-silap akan masuk kelas pemulihan.
Bahasa Malaysia tahun 1 silibus baru ini murid dah kena pandai bina ayat berdasarkan gambar menjelang pertengahan tahun.
Matematik pula dah diperkenalkan asas bundar, asas pecahan malah pengurusan data. Ini semua topik di Tahun 4 kalau ikut silibus lama, KBSR. KSSR ni lain macam dia punya pergi.
Bayangkan kalau anak kita masuk dengan ‘zero’. Pasti tertinggal kerana cikgu tak akan tunggu anak kita seorang.
2) Bimbing anak di rumah
Ini sangat penting. Berhenti merungut kata silibus tinggi dan soalan terlampau KBAT.Anak walau ada asas membaca dan tahu operasi asas nombor pasti ketinggalan juga jika tiada bimbingan lanjut di rumah.
Silibus berat, masa singkat. Namun sebenarnya anak-anak kita boleh kuasai. Majoriti murid mampu ikut dengan baik. Kebanyakan murid yang tertinggal adalah yang tidak diberi bimbingan lanjut di rumah. Nak anak berjaya? Bantu mereka. Jangan harap ilmu di sekolah dan guru semata-mata.
3) Ajar anak kenali wang
Ajar anak guna wang. Ajar anak tunggu terima baki. Ajar anak jangan bagi wang jika murid lain minta. Ajar anak maklumkan pada cikgu kalau murid lain minta wang dari mereka.
Semua asas ini perlu diajar dari rumah lagi. Cikgu tak mampu nak ajar beratus murid cara guna wang dan cara jaga duit poket mereka.
Fakta: Ramai murid tahun 1 tidak tahu guna wang.
4) Ajar anak guna tandas awam/sekolah
Jangan buat macam di rumah. Ajar anak minta izin untuk ke tandas.
Fakta : Ada murid buka seluar dalam kelas dan berlari bogel menuju ke tandas tanpa rasa malu. Ada pula buka seluar di luar pintu tandas dan seluar basah kuyup kena air kat lantai dan kotor dipijak kawan yang lalu lalang.
5) Jangan takutkan murid dengan bagitahu mereka cikgu garang. JANGAN!
Ramai ibu bapa takutkan anak mereka dengan ayat, ” Abang jangan nakal-nakal. Nanti cikgu rotan.” Akibatnya, murid takut nak minta izin ke tandas.
Fakta : Kebanyakan murid yang kencing berak dalam seluar kerana takut untuk minta izin sebab dimomokkan oleh ibu bapa mereka bahawa cikgu garang.
6) Ajar anak berkongsi dan menjaga barang sendiri
Bekal makanan buatlah lebih. Suruh anak berkongsi dengan murid lain. Ini amalan mulia. Begitu juga pensel, pemadam dan alat tulis. Berkongsi, tapi sila pastikan mereka ambil dan simpan semula.
Fakta : Ramai murid tidak pandai jaga harta sendiri. Hasilnya, di kantin lambakan botol air dan bekal makanan yang murid tinggal. Dalam kelas, lambakan alat tulis yang jatuh tidak dikutip, buku ditinggalkan di bawah meja.
7) Jangan bagi murid pakai kasut bertali jika mereka tak pandai ikat
Ajar juga anak buka dan pasang tali pinggang. Ramai murid tahun 1 pakai tali pinggang buat kali pertama bila menjejak kaki di sekolah. Mak ayah yang pakaikan di rumah.
Fakta : Ramai murid terkencing dan terberak dalam seluar gara-gara tak pandai buka tali pinggang.
8) Ajar anak susun jadual ikut hari
Jangan bawa semua buku. Bawa buku mengikut jadual sahaja. Baru beg tak berat. Ajar ayah dia sekali susun jadual anak. Ini pun penting!
Fakta : Biasa murid bawa buku ikut jadual dan beg tak berat. Suatu hari semua buku murid itu bawa. Rupanya ibu dia ‘out station’ dan ayah tukang susun buku.
Semua buku ayah dia sumbat. Banana punya ayah. Kesian kat anak.
9) Jika ada group wasap kelas, jangan wasap tengah-tengah malam buta dan mengharap balasan segera
Cikgu bukan kedai 7-Eleven yang setiap masa tunggu nak reply mesej anda. Hormati group wasap tersebut. Jangan post status politik, jangan spam dengan nasihat, kata-kata hikmah, perkongsian cerita menarik atau apa jua. Cukuplah group itu untuk maklumat anak dan kelas.
Nak sangat post isu semasa, hadis, kata nasihat, mutiara kata, mutiara naga, kau buka group wasap lain dan add lah semua parent. Post lah semua benda sesuka hati kamu. Paling penting, jangan promote barang anda berniaga dalam group tu. Menyampah dan mengganggu tahu tak?
10) Usah lagi diratib tentang sukarnya silibus baru dan payahnya soalan KBAT
BERHENTI MERUNGUT! Sebaliknya bertindaklah. Merungut tidak mampu mengubah apa-apa. Orang lain yang bertindak anak mereka dah maju ke depan.
Kita yang sering merungut di hadapan anak tentang sukarnya silibus sehingga anak pun set dalam kepala ‘payahnya belajar’.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...