Halau Tikus & Keturunannya Dari Rumah Menggunakan 5 Jenis Daun Ini

Share

 

Masalah tikus dalam rumah memang merimaskan. Ia bukan saja kotor tapi juga menggelikan. Lagi membuatkan ramai stres tikus ini akan beranak pinak dan cukup sukar dihapuskan.

Kalau sudah menggunakan racun dan perangkap tapi masih juga belum berkesan, anda mungkin boleh beralih kepada cara alami untuk menghalau tikus dan keturunannya.

Caranya adalah dengan menggunakan 5 jenis daun yang cukup dibenci oleh tikus kerana aromanya.

1. Daun durian belanda

Letakkan daun durian belanda di tempat yang kerap menjadi laluan tikus. Lagi banyak lagi elok. Sebelum diletakkan, siat-siat atau ramas daun durian belanda tersebut. Bau yang terhasil dari daun durian belanda amat tidak digemari oleh tikus.

Tapi ambil yang matang sahaja untuk tahan lebih lama. Yang muda dan terlalu matang baunya tidak cukup kuat dan tidak dapat menakutkan tikus.

Bukan sekadar anda berjaya mencegah kehadiran tikus di kediaman, malah tungau, kutu beras dan pelbagai serangga yang kerap menjadikan rumah sebagai habitat mereka pun akan mula menjauhi kediaman anda.

2. Daun pudina

Seperti mengkudu, daun pudina juga mempunyai banyak manfaatnya kepada kesihatan. Selain menjadi sebahagian ramuan di dalam masakan. Aroma segar daun pudina yang digemari oleh manusia sebenarnya mengancam tikus.

Namun kaedah penyediaanya sedikit rumit. Tubuk atau kisar daun pudina sehingga halus, dicampurkan dengan air kemudian ditapis. Masukkan air tapisan daun pudina tersebut ke dalam penyembur dan sembur sekeliling rumah dan mana-mana kawasan yang berpotensi menjadi laluan tikus. Ulang semburan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Sesiapa yang ada banyak tikus di ceruk-ceruk rumah itu, boleh la gunakan cara di atas itu dan pastikan rumah anda selalu bersih.

3. Daun pandan

Daun pandan bertindak sebagai agen pewangi semula jadi untuk kediaman anda. Tikus juga tidak menyukai daun pandan. Selain itu juga, anda boleh jimat dengan tidak membeli pewangi kediaman yang mahal.

4. Daun semambu

Selalu daun ini digunakan untuk merawat demam campak, tapi selain itu ia juga berguna untuk menghalau tikus. Caranya adalah dengan meletakkan daun semambu di laluan tikus.

5. Serai wangi

Serai wangi sememangnya sudah lama digunakan untuk menghalau haiwan atau serangga termasuklah tikus.

 

 

IKLAN