Hari ini ramai yang mengadu harga sayur makin mahal. Ada yang harganya naik sampai dua kali ganda. Bagi yang memang tanam sendiri sayur memang dapat jimat belanja waktu ini.
Tapi belum terlambat kalau kita nak mula bercucuk tanam. Kalau ada hasrat nak buat boleh mulakan dengan tanam sayur yang paling senang iaitu sawi.
Jika baru nak belajar boleh ikut saja langkah demi langkah penanaman sayur ini yang dikongsi oleh Siti Zubaidah. Ada ruang sedikit pun dah boleh tanam di rumah.
Aturan tanam sawi
1. Semai biji benih (boleh buat lubang 0.5 cm dan masukkan biji benih, seeloknya ada penjarakan supaya mudah untuk pindakan nanti). Saya letak terus di tempat kena cahaya matahari supaya senang bila nak ubah kerana pokok dah dibiasakan kena cahaya dari awal.
2. Selepas 10 hari ( anak pokok dah ada 3-4 helai daun) ubah anak pokok dari tempat semaian. Ubah waktu petang dan selepas ubah terus siram. Medium digunakan tanah sawit hitam dan tanah merah, tiada sukatan campur saja.
Ads
3. Selepas 10 hari, letak baja (saya guna baja Milagro).
4. Seminggu kemudian gembur tanah timbus bawah pangkal anak sawi supaya tidak tumbang.
Ads
5. Teruskan siraman pagi dan petang. Waktu siram pagi antara 9 pagi hingga 10.00 pagi. Petang antara 4.00 – 5.00 petang.
6. Selepas lebih kurang sebulan sawi dah boleh dituai.
Buat agar-agar ni nampak senang tapi ramai juga yang buat tak menjadi. Sebab utama adalah kerana salah sukatan air. Kurang air keras, terlebih air lembik berair pulak.
Jadi macam mana sukatan air yang tepat supaya agar-agar kita menjadi. Boleh ikut tip yang dikongsi oleh Zaleha Rusli ini.
Tip untuk beginner masak agar-agar dengan cantik
1. Basahkan agar-agar tali hingga lembut dan buang airnya.
2. Isikan agar-agar tersebut serta padatkan dalam bekas/ cawan/mangkuk. Ingat ya mesti dipadatkan. Contoh seperti dalam gambar.
3. Nisbah agar-agar dengan air/apa apa cecair(termasuk susu/santan dsb) adalah seperti berikut:
Nisbah Agar-agar : Cecair
1 bekas agar-agar : 4 bekas air (hasilnya : keras-keras manja tapi kalau suka keras sikit ok dah cantik )
1 bekas agar agar : 4.5 bekas air (hasilnya : sedang-sedang saja)
1 bekas agar-agar : 5 bekas air (hasilnya : lembut. tapi jangan sampai lebih 5 bekas nanti lembik/berair sangat).
4. Nisbah air 4 atau 5 bekas ikut kekentalan yg disukai. Contoh anggaran agar-agar dalam 1 gelas, maka letak sukatan airnya 4 ke 5 gelas ikut kekentalan agar-agar yang kita mahu.
5. Jika letak susu/santan pun sama sukatkan sekali dengan air supaya dapat 4 atau 5 gelas.
Lauk sardin memang jadi kegemaran ramai. Ini lah lauk yang boleh membangkitkan selera bila dipadukan dengan telur mata. Tapi sekarang harga sardin tin ini pun dah naik. Nak beli lebih dari setin pun berkira-kira.
Kalau anda jenis rajin, boleh cuba buat sendiri sardin ini. Bukan saja jimat tapi boleh olah ikut cita rasa kita yang mungkin nak lebih pedas atau banyak kuah. Lagi satu sardin homemade macam ni dah tentulah halal dan bersih. Bagi yang nak cuba, caranya boleh ikut perkongsian Nolela Abdul Lahak.
Sardin homemade
Bahan-bahan:
2 kilo ikan sardin 1 tin tomato puri 2 senduk cili kisar 2 senduk bawang kisar 1 cawan air asam jawa 1 botol sos cili Garam Serbuk perasa Cuka Minyak untuk menumis
Cara membuat:
1. Tumis bawang dan cili kisar sampai pecah minyak.
2. Kemudian masukkan air asam jawa, cili sos, tomato puri.
3. Tambah air hingga menutupi ikan. Lebih pun tak mengapa sebab nanti bila masuk dalam pressure cooker kuah akan cepat pekat.
4. Masak dalam 60 minit, tulang ikan akan lembut macam sardin tin yang kita beli.
Bekas penuh dengan gula tapi semut dah masuk ‘berkampung’ di dalamnya. Memang stres melihatnya.
Takkan nak buang, tapi takkanlah nak kutip satu-satu. Jika berdepan masalah semua yang banyak dalam bekas gula, boleh gunakan cara ini.
Guna kulit kayu manis
Cara pertama dikongsi oleh Ameera. Untuk keluarkan semut dari balang ini caranya cukup mudah cuma guna kulit kayu manis.
Ambil balang gula yang penuh dengan semut kemudian letak beberapa batang kulit kayu manis di dalamnya.
Biarkan balang atau plastik berisi gula terbuka supaya semua boleh keluar.
Selepas satu jam semut dalam balang akan hilang dari balang. Jika masih ada, biarkan lagi kulit kayu manis di dalamnya hingga semut tiada.
Sebaiknya periksa jika ada semut mati yang tertinggal dalam bekas gula, keluarkan sebelum ditutup ketat.
Ini hasilnya selepas sejam.
2. Pacak pisau
Tip yang ini dikongsi oleh netizen dari Facebook, bunyi macam kelakar tapi kata mereka menjadi. Caranya cuma pacak pisau dalam balang/ bekas gula.
Cuma pastikan bahagian pemegang menyentuh balang supaya senang keluar. Cara ini agak lambat tapi semut akan keluar. Kalau nak cepat, jemur balang tengah panas.
Hukum makan semut
Dipetik daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semut adalah haram dimakan kerana sifatnya sebagai bangkai; matinya tidak disembelih. Apabila semut masuk ke dalam gula, maka hendaklah sedaya upaya mengeluarkannya sama ada ia hidup atau mati.
Kita juga dilarang untuk membunuh semut. Hadis daripada Ibn Abbas R.Anhuma:
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...